Bulan: Februari 2021

BARU SETIAP PAGI

Adik saya, Paul menghidapi epilepsi yang teruk sejak kecil. Apabila dia memasuki usia remaja, keadaanya bertambah buruk. Waktu malam menjadi sangat menyeksakan bagi dia dan ibu bapa saya, kerana dia sering mengalami sawan yang berulang kali sehingga lebih daripada 6 jam. Doktor tidak dapat menemukan rawatan yang dapat meredakan simptom-simptom itu. Sementara itu, tiada rawatan boleh membantu dia berada dalam keadaan sedar untuk masa pendek bagi hari siang. Ibu bapa saya berseru dalam doa, “Ya Tuhan, oh Tuhan, bantulah kami!”

BUKAN LAGI DIRI ANDA 

Pada musim panas 1859, Charles Blondin menjadi orang pertama yang menyeberangi Air Terjun Niagara di atas tali—sesuatu yang dilakukannya beratus-ratus kali kemudian. Malah dia pernah sekali mempersembahkan aksi ini dengan mengendong pengurusnya, Harry Colcord. Blondin memberi Colcord arahan ini: “Kamu bukan lagi Colcord, kamu adalah Blondin … jika aku bergoyang, bergoyang bersama denganku. Jangan cuba menyeimbangkan badan sendiri. Jika tidak, kita berdua akan mati.”

MENGHADAPI KETAKUTAN

Warren berpindah ke sebuah bandar kecil untuk menggembalakan sebuah gereja. Setelah pelayanannya berhasil, seorang penduduk tempatan bertindak melawannya. Lelaki tersebut mereka-reka cerita dan menuduh Warren telah melakukan sesuatu yang sangat buruk. Lelaki itu juga menghantar cerita itu ke pejabat akhbar tempatan dan cuba mencetak tuduhannya dalam risalah untuk diedarkan kepada penduduk tempatan melalui pos. Warren dan isterinya mula berdoa dengan bersungguh-sungguh. Jika pembohongan itu dipercayai, kehidupan mereka akan musnah.

Berdoa dalam Segala Hal

Anak kucing yang kotor itu duduk diam di lantai konkrit sambil merenung ke arah saya. Kucing ini hidup bersama dengan adiknya di tempat letak kereta bawah tanah, tempat kerja pelanggan saya. Dengan perasaan simpati, saya memberikan makanan kucing kepada pengawal keselamatan supaya kucing-kucing itu ada makanan setiap hari. Saya juga membelikan makanan yang baru setelah habis.