Masa doa sebuah keluarga berakhir dengan pengumuman yang mengejutkan pada suatu pagi. Sebaik sahaja si ayah berkata, “Amin,” Kaitlyn yang berusia lima tahun menyatakan, “Aku doa untuk Logan, kerana dia buka mata masa doa.”

Saya yakin bahawa berdoa untuk abang anda yang berusia 10 tahun bukanlah apa yang dimaksudkan oleh Alkitab ketika kita dipanggil untuk berdoa syafaat, tetapi sekurang-kurangnya Kaitlyn menyedari bahawa kita dapat berdoa untuk orang lain.

Oswald Chambers yang merupakan seorang guru Alkitab menekankan kepentingan berdoa untuk orang lain. Dia mengatakan bahawa “doa syafaat seumpamanya meletakkan diri anda di tempat Tuhan, iaitu memiliki fikiran dan perspektif-Nya.” Berdoa untuk orang lain berdasarkan apa yang kita ketahui tentang Tuhan dan kasih-Nya kepada kita.

Kita menemukan contoh doa syafaat yang baik dalam Daniel 9. Nabi Yeremia memahami janji Tuhan yang membimbangkan orang bahawa orang Yahudi akan ditawan selama 70 tahun di Babel (Yeremia 25:11–12). Ketika Daniel menyedari bahawa tahun pembuangan mereka hampir selesai, dia terus berdoa. Dia merujuk kepada perintah Tuhan (Daniel 9:4–6), merendahkan diri (ayat 8), menghormati sifat Tuhan (ayat 9), mengakui dosa (ayat 15), dan bergantung pada belas kasihan-Nya ketika dia berdoa untuk umat-Nya (ayat 18). Kemudian dia mendapat jawapan segera daripada Tuhan (ayat 21).

Bukan semua doa berakhir dengan respons yang begitu dramatik, tetapi kita didorong bahawa kita dapat datang kepada Tuhan bagi pihak orang lain dengan sikap yang percaya dan bersandar kepada-Nya.