Bulan: Mac 2021

Mengenal Bapa

Menurut legenda, Sir Thomas Beecham, seorang konduktor British pernah terserempak seorang wanita yang seperti orang kenamaan di ruang legar hotel. Dia rasa dia mengenali wanita itu tetapi tidak dapat mengingat namanya. Dia pun berhenti dan bercakap dengannya. Dalam perbualan itu, dia teringat bahawa wanita itu mempunyai seorang abang. Untuk mengesahkannya, dia bertanya bagaimana keadaan abangnya dan adakah dia masih memegang pekerjaan yang sama. “Oh, dia baik-baik saja,” katanya, “Dia masih seorang raja.”

Penjagaan Tuhan  

Semasa saya membersihkan kebun sebagai persiapan untuk menanam pada musim bunga, saya mencabut serumpun rumpai musim sejuk yang besar ... lalu saya terlompat ke udara! Seekor ular kepala tembaga yang berbisa bersembunyi di sebalik semak itu—satu inci lagi saya mungkin memegangnya dengan tidak sengaja. Saya melihat badannya yang berwarna-warni sebaik sahaja mengangkat rumput rumpai itu; sebahagiannya sudah melilit di antara rumpai dan kaki saya.

Selamat dan Tenang

Sewaktu anak lelaki saya, Xavier masih kecil, dia penuh dengan tenaga dan selalu mengelakkan masa tidur siang, walaupun itu sangat diperlukannya. Jadi, dia akan bergoyang-goyang di tempat duduknya, meluncur dari sofa, bergolek-golek di lantai seluruh bilik tidurnya. “Ibu, aku lapar ... aku dahaga ... aku mau pergi ke bilik air ... aku mahu peluk.” 

Jangan Berputus Asa

“Masa berlalu. Perang terjadi.” Demikianlah Uskup Semi Nigo yang berbangsa Keliko di Sudan Selatan menerangkan pergelutan panjang gerejanya untuk mendapatkan Alkitab dalam bahasa mereka sendiri. Sebenarnya, tiada satu pun perkataan pernah dicetak dalam bahasa Keliko. Beberapa dekad sebelumnya, datuk Uskup Nigo dengan berani memulakan projek penterjemahan Alkitab, tetapi perang dan pergolakan sering menghentikan usaha mereka. Walaupun terdapat serangan berulang kali di kem pelarian mereka di utara Uganda dan Republik Demokratik Congo, uskup dan rakan-rakannya tetap meneruskan projek itu.