Ketika penulis Biritish yang terkenal, C. S. Lewis mula-mula menyerahkan hidupnya kepada Yesus, dia keberatan untuk memuji Tuhan. Bahkan, dia menyebutnya sebagai “batu sandungan.” Dia bergelut “dengan prasangka bahawa Tuhan sendiri yang menuntut pujian terhadap diri-Nya.” Akan tetapi, kemudian Lewis menyedari bahawa “semasa Tuhan disembah, dinyatakanlah hadirat-Nya kepada umat-Nya. Kemudian “dalam kasih Tuhan yang sempurna,” kita akan menemukan sukacita dalam Dia, maka pujian akan terlahir dari hati kita secara semula jadi sebagaimana “cermin menyerap dan memantulkan terang,” sukacita dan pujian saling berkaitan.
Nabi Habakuk telah membuat kesimpulan ini beberapa abad yang lalu. Setelah mengadu kepada Tuhan tentang hukuman terhadap orang Yehuda melalui serangan musuh, Habakuk mendapati bahawa perbuatan memuji Tuhan membawa sukacita—bukan mengenai apa yang dilakukan Tuhan, tetapi mengenai siapa diri-Nya. Oleh itu, biarpun dalam krisis negara atau dunia, Tuhan masih tetap agung. Seperti yang dinyatakan oleh nabi Habakuk:
“Walaupun pokok ara tidak berbunga, dan pokok anggur tidak berbuah, walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan, dan ladang gandum mengecewakan, walaupun domba mati semuanya, dan kandang lembu kosong belaka, aku akan bersukacita dan bergembira selalu, kerana Engkau TUHAN Allah yang menyelamatkan aku” (Habakuk 3:17-18).
Seperti yang disedari oleh C. S. Lewis, “Seluruh dunia bergema dengan pujian.” Habakuk pun akur untuk selalu memuji Tuhan, lalu menemukan sukacita sepenuhnya dalam Dia yang “kekal abadi” (ayat 6, AVB).