Month: April 2021

Orang yang Cerewet

Lucy Worsley seorang sejarawan British dan penyampai televisyen. Sebagaimana dengan kebanyakan orang di mata umum, kadang-kadang dia menerima surat yang tidak menyenangkan —berkaitan dengan sedikit kecacatan pertuturannya yang menyebabkan sebutan bunyi ‘r’ kedengaran seperti ‘w’. Seorang penonton menulis begini: “Lucy, biar saya berterus terang: Berusahalah lebih keras untuk membetulkan sebutan anda atau jangan ada bunyi ‘r’ langsung dalam skrip anda—saya tidak sanggup menonton siri rancangan televisyen anda hingga tamat kerana ini membuat saya naik radang. Salam daripada Darren.”

Janji Yesus kepada Anda 

Jason meraung-raung ketika ibu bapanya menyerahkannya kepada Amy. Inilah pertama kali anak berusia 2 tahun itu berada di bilik kanak-kanak ketika ibu dan ayahnya menghadiri kebaktian di gereja—dia tidak gembira. Amy meyakinkan mereka bahawa Jason akan baik-baik sahaja. Dia cuba memujuk Jason dengan barang mainan dan buku, membuaikannya di kerusi, mendukungnya berkeliling di bilik, berdiri dan memberitahu tentang keseronokan yang dapat dinikmatinya. Akan tetapi, semua itu cuma membuat Jason menangis lagi kuat. Amy kemudian membisikkan tiga patah perkataan yang sederhana ke telinga Jason: “Aku akan bersama-samamu.” Dengan segera Jason menjadi tenang dan lega, lalu dia berhenti menangis. 

Dikuarantin oleh Ketakutan

Pada tahun 2020, penularan wabak virus korona mengakibatkan dunia berada dalam ketakutan. Penduduk dikuarantin, negara-negara terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan, penerbangan dan acara besar-besaran dibatalkan. Mereka yang tinggal di kawasan tanpa kes korona turut berasa takut kalau-kalau mereka juga akan dijangkiti virus tersebut. Graham Davey, seorang pakar dalam bidang kekhuatiran, percaya bahawa berita berunsur negatif yang disiarkan akan “membuat anda bertambah sedih dan khuatir.” Ada sebuah meme yang tersebar dalam media sosial tentang seorang lelaki yang sedang menonton berita di televisyen dan dia bertanya bagaimana untuk berhenti berasa bimbang. Sebagai respons kepadanya, seorang lagi di bilik itu tampil memadamkan televisyen dan dengan cara itu, penyelesaian adalah mengalihkan fokus pandangannya!

Belas Kasihan Tuhan di Sebalik Duka 

Belas Kasihan Tuhan di Sebalik Duka 

Ketika James baru berumur 6 tahun, abangnya David meninggal secara tragis dalam satu kemalangan luncur ais. Itu berlaku sehari sebelum hari jadi David yang ke-14. Pada tahun-tahun kemudian, James berusaha bersungguh-sungguh untuk menghiburkan ibunya, Margaret, yang dalam duka laranya kadang-kadang mengingatkan dirinya bahawa anak sulungnya itu tidaklah perlu menghadapi cabaran orang dewasa. Dalam penulisan James Barrie yang penuh imaginasi, berdekad-dekad kemudian, idea yang sama itu telah berkembang dan mengilhamkan seorang watak yang disukai ramai dalam cerita kanak-kanak, Peter Pan yang tidak akan menjadi tua. Seperti pokok bunga yang menjorok keluar dari jalan yang berturap, demikianlah sesuatu yang baik muncul dari tanah keras yang bagaikan kepiluan yang tidak terungkap.