Month: April 2021

Di Taman

Ayah saya gemar menyanyikan lagu-lagu pujian lama. Salah satu kegemarannya bertajuk “In the Garden” (Di Taman). Beberapa tahun yang lalu, kami menyanyikan lagu tersebut dalam upacara pengebumiannya. Korus pujian itu ringkas. “Dia berjalan denganku, Dia berkata denganku bahawa aku milik-Nya, dan kegembiraan yang kita nikmati tiada bandingnya.” Lagu itu membawa kegembiraan kepada ayah saya dan saya.

Meluncuri Ombak  

Ketika suami saya berjalan-jalan di pantai berbatu sambil mengambil gambar ufuk di Hawaii, saya pula duduk keresahan di atas batu besar memikirkan kemerosotan kesihatan yang saya alami lagi. Walaupun pelbagai cabaran sedang menanti apabila saya pulang rumah nanti, ketenanganlah yang saya perlukan pada ketika itu. Saya merenung ombak yang tidak henti-henti menghempas batu-batu hitam yang bergerigi di pantai itu. Bayangan gelap dalam gelombang ombak telah menarik perhatian saya. Dengan menggunakan fungsi zum kamera, rupanya bayangan itu ialah seekor penyu laut yang sedang meluncuri ombak dengan tenang. Kaki siripnya berdepang dan tidak bergerak langsung. Lalu saya tersenyum sambil membiarkan bayu masin menyentuh wajah saya.

Harga Yang Dibayar

Karya-karya seni Michelangelo menerokai banyak aspek kehidupan Yesus, namun salah satu yang paling menusuk hati juga adalah yang paling sederhana. Pada tahun 1540-an, dia melakarkan sebuah pietà (lukisan tentang ibu Yesus mendakap jenazah Kristus dalam pangkuannya) untuk sahabatnya, Vittoria Colonna. Lukisan yang dilakar dengan kapur itu menggambarkan Maria sedang mendongak ke langit ketika dia memeluk susuk tubuh Anaknya yang kaku. Di belakang Maria, terpancarnya alur cahaya dari kayu salib yang menuliskan kata-kata daripada karya Dante, Paradise, “Mereka tidak dapat bayangkan berapa banyak darah telah dicurahkan di situ.” Maksud Michelangelo sangat mendalam: ketika kita merenungkan kematian Yesus, kita mesti mengingati pengorbanan-Nya. 

“Sangat Membantu”

Seorang pendengar menelefon ke stesen radio Kristian dan berkata bahawa isterinya akan pulang ke rumah dari hospital setelah menjalani pembedahan. Kemudian dia berkongsi sesuatu yang amat menyentuh hati saya: “Setiap jemaah, iaitu anggota dalam keluarga Tuhan, sangat membantu untuk menjaga kami sepanjang masa ini.”