Pemulihan Tuhan
Prasangka dan Pengampunan
Setelah mendengar mesej tentang menegakkan keadilan, seorang ahli jemaah pergi berjumpa dengan pastor dalam tangisan sambil meminta pengampunan dan mengakui bahawa dia tidak mengundi pastor berkulit hitam itu untuk menjadi pastor jemaah mereka kerana prasangkanya sendiri. “Pastor, sila mengampuni aku. Aku tak mahu racun prasangka dan perkauman meresap ke dalam hidup anak-anak aku. Aku tidak mengundi pastor, dan aku bersalah.” Air mata dan pengakuannya disambut juga dengan air mata dan pengampunan pastor tersebut. Seminggu kemudian, seluruh jemaah bersukacita setelah mendengar kesaksian lelaki itu tentang pekerjaan Tuhan dalam hatinya.
Mengharungi Ribut Kehidupan
Pada 16 Julai 1999, pesawat kecil yang dipandu oleh John F. Kennedy Jr. terhempas di Lautan Atlantik. Penyiasat telah mengenal pasti penyebab kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh satu kesilapan umum—disorientasi ruang. Fenomena ini berlaku apabila juruterbang menjadi keliru disebabkan oleh akibat penglihatan yang kurang jelas dan membuatkan mereka terlupa bergantung pada peralatan lain untuk membantu mereka sampai ke destinasi mereka dengan selamat.
Doa pada Masa Sukar—Belajar daripada Doa Daud
Mazmur 86
Pernahkah anda mendengar pernyataan seperti ini: “Tuhan itu hanya sejauh doa?” Bagi orang yang sungguh-sungguh percaya kepada Yesus, perkara yang menjadi kebanggaan kita semua adalah kebenaran bahawa kita mempunyai Tuhan yang sangat mengasihi dan mempedulikan kita. Ya benar, Tuhan…
Doa yang Penuh Yakin
Setelah bertahun-tahun cuba mendapatkan anak, Richard dan Susan gembira sekali apabila Susan hamil. Namun masalah kesihatannya telah menimbulkan risiko kepada kandungannya. Oleh itu, Richard berjaga setiap malam untuk mendoakan isteri dan anaknya. Suatu malam, Richard merasakan dia tidak perlu begitu kuat berdoa, kerana Tuhan telah berjanji bahawa Dia akan menjaga kesemuanya. Bagaimanapun, seminggu kemudian Susan mengalami keguguran. Hati Richard hancur luluh. Dia tertanya-tanya, adakah mereka kehilangan bayi kerana dia tidak berdoa dengan secukupnya?