Month: September 2021

Warisan yang Harus Diteruskan

Warisan yang Harus Diteruskan

Baca: Lukas 12:43 (TB) “Berbahagialah hamba, yang didapati tuannya melakukan tugasnya itu, ketika tuannya itu datang”

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana masih lagi berkesempatan untuk merayakan Hari Malaysia 2021 walaupun dalam keadaan yang sederhana. Tahun lalu, saya menulis tentang keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia terhadap sesama ketika berhadapan dengan pandemik ini. Pada waktu sukar seperti ini, tidak dinafikan ada orang…

6 Cara Prihatin Kepada Malaysia

6 Cara Prihatin Kepada Malaysia

Baca: Yeremia 29:7 “Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur.”

Kita masih dalam tema Malaysia Prihatin sempena Hari Malaysia yang ke-58 pada tahun ini. Selari dengan tema ini, mari kita terus menunjukkan keprihatinan kita antara sesama dan untuk negara kita dalam menghadapi…

Dokumen yang Hidup

Ketika Peter Croft memperingati karya datuknya, dia menulis, “Inilah keinginanku yang terdalam bagi orang yang membaca Alkitab, tidak kira apa pun versi, mereka tidak hanya memahaminya malahan merasakan penulisan suci itu sebagai dokumen yang hidup. Kandungannya meliputi unsur relevan, amaran, bahagian menarik pada masa sekarang seperti dibacanya pada ribuan tahun yang lalu.” J. B. Phillips, iaitu datuk kepada Peter, adalah seorang pastor belia yang menghasilkan Alkitab versi parafrasa baru dalam bahasa Inggeris semasa Perang Dunia II agar firman Tuhan menjadi hidup dan relevan dalam kalangan pelajar di gerejanya. 

Perbuatan Kasih Yang Agung

Di Taman Negara Malheur di Oregon, Amerika Syarikat, kulat yang dikenali sebagai cendawan madu menjalar melalui akar pokok seluas 9 kilometer persegi, menjadikannya organisma hidup terbesar yang pernah ditemui. Kulat ini telah “menenun filamen hitamnya yang kelihatan seperti tali kasut” di seluruh hutan lebih daripada 2000 tahun dan menyebabkan pokok-pokok lain yang sedang tumbuh mati. Filamen halus yang dipanggil “rizomorf” membentuk terowong sedalam 3 meter di bawah tanah. Walaupun organisma itu sangat besar, ia bermula dengan satu spora yang sangat kecil! 

Kebijaksanaan Membawa Kebahagiaan

Saya mengangkat telefon yang berdering tanpa berlengah. Panggilan itu adalah daripada seorang anggota tertua di gereja kami, iaitu saudari berusia hampir 100 tahun. Dia seorang yang bersemangat dan rajin. Untuk membuat pengemasan terakhir bagi buku terbarunya, dia menanyakan saya tentang beberapa soalan penulisan bagi membantunya melengkapkan buku itu. Tetapi seperti biasa, saya segera mengajukan soalan kepadanya tentang kehidupan, pekerjaan, cinta dan keluarga. Banyak pelajaran yang dia timba lewat usia panjangnya terserlah dengan kebijaksanaan. “Pelan-pelanlah. Selangkah demi selangkah,” katanya. Selepas itu kami tertawa tentang saat-saat yang dia pula lupa berbuat demikian—kisah hidupnya yang indah tercurah dengan kegembiraan sejati.