Month: Disember 2021

Hidup dalam Kesatuan

Gereja Baptis Dewberry mengalami perpecahan pada tahun 1800-an disebabkan hanya sepotong paha ayam. Malah telah muncul banyak versi cerita tentang hal ini. Tetapi menurut seorang anggota gereja, punca perpecahan itu adalah mengenai 2 lelaki berebut paha ayam yang terakhir sewaktu jamuan gereja. Salah seorang lelaki berkata bahawa Tuhan menghendaki dia mendapatkan paha ayam itu. Yang seorang lagi menjawab bahawa Tuhan tidak mempedulikan hal ini, dan dia sangat ingin makannya. Mereka menjadi sangat marah sehingga salah seorang lelaki itu keluar dari gereja tersebut dan memulakan gereja baharu, iaitu Gereja Baptis Dewberry #2 yang terletak hanya beberapa kilometer di jalan yang sama. Syukurlah, pada hari ini, anggota-anggota gereja itu telah menyelesaikan perselisihan mereka. Semua orang mengakui bahawa alasan perpecahan itu sama sekali tidak masuk akal.

Nama yang Sempurna 

Pada suatu hari bulan Ogos yang panas dan lembap, isteri saya melahirkan anak kedua kami. Tetapi kami masih belum mencari nama yang sesuai untuk anak kami yang baru lahir ini. Setelah menghabiskan beberapa jam di kedai aiskrim dan mengambil masa memandu yang lama, kami masih belum dapat membuat keputusan. Kami hanya memanggilnya “Baby Williams” selama 3 hari sebelum akhirnya kami menamai dia Micah.

Pemberi yang Bersukacita

Nicholas yang lahir pada abad ke-3, tidak menjangka bahawa dia akan dikenali sebagai Santa Klaus berabad-abad setelah kematiannya. Dia hanya lelaki biasa yang mengasihi Tuhan dan sangat memprihatinkan orang. Dia terkenal dengan kemurahan hatinya yang rela memberikan harta miliknya serta melakukan perbuatan baik. Ini ditunjukkan melalui kisah tentang sebuah keluarga yang mengalami masalah kewangan yang besar. Nicholas datang ke rumah mereka pada waktu malam dan melemparkan beg berisi emas melalui tingkap yang terbuka. Beg itu jatuh ke dalam kasut atau sarung kaki yang bergantung berhampiran perapian.

Penggambaran Firman Tuhan

Lazimnya, jubin seramik berwarna biru dan putih ialah hiasan yang dijumpai di rumah orang Belanda, yang pada asalnya dibuat di bandar Delft. Hiasan jubin itu sering menggambarkan pemandangan yang biasa dilihat di negara Belanda: landskap yang indah, kincir angin yang ada di mana-mana, kehidupan harian penduduk yang bekerja dan bermain.