Month: Februari 2022

Jangan Sekali Berkata “Tidak Boleh”

Jen dilahirkan tanpa kaki dan dibiarkan di hospital. Tetapi dia berkata bahawa ini merupakan satu berkat bagi dia yang menjadi anak angkat. “Aku masih hidup disebabkan ramai orang yang menyokong saya.” Keluarga angkatnya membantu dia melihat bahawa “ada sebabnya dia dilahirkan seperti ini.” Sepanjang masa mereka membesarkannya, Jen diajar supaya tidak berkata ‘tidak boleh’ dan memberikan sokongan penuh dalam segala usahanya, termasuk menjadi akrobat yang melakukan pertunjukan di udara! Dia menghadap cabaran dengan sikap “Bagaimanakah aku boleh menangani hal ini?” dan memotivasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Bersandar kepada Tuhan 

Harriet Tubman tidak dapat membaca atau menulis. Semasa remaja, dia mengalami kecederaan kepala disebabkan oleh majikan yang kejam. Kecederaan tersebut mengakibatkan dia mengalami sawan dan kerap tidak sedar diri seumur hidup. Tetapi setelah dia melarikan diri daripada perhambaan, Tuhan memakai dia menyelamatkan 300 hamba yang lain.

Titik Fokus pada Tuhan

Putaran hujung kaki (Pirouette) merupakan putaran anggun yang dilakukan oleh penari balet dan penari kontemporari. Semasa kecil, saya suka melakukan putaran hujung kaki di kelas tarian moden saya, berpusing-pusing sehingga kepala saya pening, kemudian jatuh ke lantai. Apabila semakin berusia, saya belajar satu teknik untuk membantu mengekalkan keseimbangan dan mengawal kedudukan tubuh dengan cara “spotting”, iaitu menentukan satu titik fokus mata setiap kali saya melakukan putaran penuh. Saya hanya memerlukan satu titik fokus mata untuk menguasai kemahiran putaran hujung kaki saya dan menyelesaikannya dengan anggun. 

Mengangkat

Mengangkat

Semasa kami melawat kapal pengangkut pesawat, juruterbang jet pejuang menjelaskan bahawa pesawat memerlukan angin berkelajuan 56 kilometer per jam untuk berlepas dari landasan yang pendek. Juruterbang mengubah haluan kapalnya ke angin untuk mendapatkan kelajuan yang konsisten. Saya bertanya, “Bukankah seharusnya angin datang dari bahagian belakang pesawat?” Juruterbang itu menjawab, “Tidak. Jet harus terbang berlawanan arah angin. Itulah satu-satunya cara agar jet itu dapat terbang.”

Dilihat

Dalam satu artikel mengenai bimbingan, Hannah Schell menjelaskan bahawa mentor perlu menyokong, mencabar dan memberi inspirasi, tetapi “yang penting sekali, mentor yang baik melihat anda ... Pengiktirafan bermaksud “dilihat”, ia merupakan satu keperluan asas manusia, bukan dari segi memberikan anugerah atau penghargaan.” Seseorang perlu diiktiraf, dikenali dan dipercayai.