Baru-baru ini, para saintis dari Universiti Negeri Pennsylvania mencipta sejenis gam baharu yang sangat kuat dan boleh ditanggalkan. Reka bentuknya diilhamkan oleh siput yang lendirnya mengeras dalam keadaan kering dan kembali kendur ketika basah. Sifat lendir siput yang dapat dipulihkan membolehkan siput bergerak bebas dalam keadaan yang lebih lembap—ini lebih selamat bagi siput—siput sentiasa memastikan keselamatan sendiri dalam persekitaran ketika siput bergerak ke tempat yang bahaya.
Penyelidik meniru unsur pelekat yang terdapat dalam alam semula jadi mengingatkan kita tentang penemuan saintis Johannes Kepler. Dia mengatakan bahawa dia “hanya berfikir menurut pemikiran Tuhan.” Alkitab memberitahu kita bahawa Tuhan menciptakan bumi dan semua yang ada di dalamnya: “tanah mengeluarkan segala jenis tumbuh-tumbuhan” (Kejadian 1:12); “binatang raksasa laut” dan “semua jenis burung” (ayat 21); “semua jenis binatang darat” (ayat 24); dan “Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri” (ayat 27). Ketika manusia menemukan atau mengenal pasti sifat khas sejenis tumbuhan atau haiwan, sebenarnya kita hanya mengikuti jejak Tuhan yang kreatif, dan menyaksikan cara Dia membentuk segalanya.
Pada penghujung setiap hari dalam catatan tentang penciptaan, Tuhan meneliti hasil karya-Nya dan melihat bahawa semuanya itu “baik.” Ketika kita belajar dan mengetahui lebih banyak tentang ciptaan Tuhan, semoga kita juga mengenal karya agung-Nya, menjaganya dengan baik, dan mengisytiharkan segala keindahannya!