Sebelum ini rawatan kemoterapi dapat mengurangkan saiz tumor dalam pankreas bapa mentua saya, tetapi kini rawatan ini tidak berkesan lagi. Ketika tumornya tumbuh semula, dia diberi pilihan hidup atau mati. Dia bertanya kepada doktor, “Perlukah saya melakukan lebih kerap kemoterapi, atau cuba sesuatu yang lain, seperti ubat atau radiasi yang lain?”
Orang Yehuda mempunyai persoalan hidup dan mati yang serupa. Oleh sebab peperangan dan kebuluran, umat Tuhan menjadi lelah malah tertanya-tanya jika masalah yang dihadapi mereka adalah disebabkan oleh penyembahan berhala ataupun masalah lain. Mereka menyimpulkan bahawa mereka harus mempersembahkan lebih banyak korban kepada tuhan palsu dan ingin melihat jika tuhan palsu itu akan melindungi dan memberi kemakmuran kepada mereka (Yeremia 44:17).
Yeremia berkata bahawa mereka telah salah mendiagnosis keadaan mereka. Masalah mereka bukannya kurang komitmen terhadap berhala; tetapi mereka memiliki berhala itu. Mereka memberitahu nabi, “Kami tidak mahu mendengar perkataan yang kamu ucapkan demi nama TUHAN” (ayat 16). Yeremia menjawab, “Bencana yang menimpa kamu pada masa ini datang kerana kamu mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain, dan kerana kamu berdosa terhadap TUHAN dengan tidak mentaati perintah-Nya” (ayat 23).
Seperti orang Yehuda, kita mungkin tergoda untuk membuat lebih banyak pilihan yang berdosa sehingga menyebabkan kita berada dalam situasi yang susah. Masalah hubungan? Kita boleh hidup sendirian. Masalah kewangan? Kita memperoleh kebahagiaan dengan terus berbelanja. Ditolak? Kita akan sama kejamnya dengan menolak orang lain. Tetapi berhala yang merupakan punca masalah kita tidak dapat menyelamatkan kita. Hanya Yesus yang dapat mengatasi masalah kita ketika kita kembali kepada-Nya.