Month: Julai 2022

Hidup Seolah-olah Disembuhkan

Dua beradik perempuan dari India buta sejak lahir. Ayah mereka bekerja keras untuk menyediakan keperluan mereka, tetapi dia tidak mampu membayar kos pembedahan untuk memulihkan penglihatan mereka. Kemudian sekumpulan doktor datang ke wilayah mereka dalam misi perubatan jangka pendek. Pagi selepas pembedahan mereka, anak-anak perempuan itu tersenyum lebar ketika jururawat membuka pembalut mata mereka. Seorang berseru, “Ibu, aku boleh nampak! Aku boleh nampak!”

Mengapa? Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita

Kesakitan dan penderitaan. Sungguhpun keadaan setiap kita adalah unik, banyak pengalaman ini disusuli oleh soalan yang penting, “Mengapa?” Mengapa? menjejak punca kesakitan dan penderitaan kita daripada perspektif yang berdasarkan Alkitab. Sebenarnya penderitaan ialah hasil “sampingan” daripada salah satu anugerah terbesar Tuhan kepada ciptaan-Nya—anugerah memilih. Pelaksanaan kebebasan untuk memilih ini boleh menghasilkan banyak kesukaran dan cabaran. Berita baiknya adalah Tuhan juga…

Tuhan Melihat Anda

Awal pagi merupakan saat yang menyakitkan bagi rakan saya Alma, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Dia berkata, “Ketika semuanya menjadi tenang, kebimbangan muncul. Semasa melakukan kerja-kerja rumah, aku mula memikirkan masalah kewangan, kesihatan dan pelajaran anak-anakku.”

Penemuan yang Berharga! 

Semasa menyelam skuba pada tahun 2021, mata Jennifer tertuju pada satu botol hijau kecil di dasar sungai. Dia mencedok apa yang dia gambarkan sebagai “penemuan sekali dalam seumur hidup.” Botol itu mengandungi pesanan yang ditulis oleh seorang pemuda pada ulang tahunnya yang ke-18 pada tahun 1926! Kata-kata itu meminta agar sesiapa yang menemukan mesej itu mengembalikan botol tersebut kepadanya. Jennifer pun menggunakan Facebook untuk mencari ahli keluarga lelaki itu. Walaupun dia telah meninggal pada tahun 1995, nota yang pernah disembunyikannya membawa kegembiraan kepada Jennifer dan keluarga lelaki itu.

Snek Rendah Hati

Beg snek kerepek itu kecil, tetapi memberi pengajaran besar kepada seorang mubaligh dari Amerika. Ketika bekerja pada suatu petang di Republik Dominika, dia tiba di sebuah pertemuan gereja dan membuka kerepeknya. Tiba-tiba seorang wanita yang tidak dikenalinya menghulurkan tangan dan mengambil sedikit kerepek dari beg itu. Orang lain pun turut berbuat demikian.