Pada tahun 1717, satu ribut yang kencang berlangsung selama beberapa hari sehingga membanjiri kawasan luas di serata Eropah utara. Beribu-ribu orang kehilangan nyawa di Belanda, Jerman dan Denmark. Sejarah mencatatkan sesuatu yang menarik dan telah menjadi amalan biasa―pada ketika itu―respons daripada sekurang-kurangnya satu kerajaan tempatan. Pihak berkuasa wilayah di bandar Groningen, Belanda memanggil penduduknya mengadakan “hari doa” sebagai respons terhadap bencana tersebut. Seorang sejarawan melaporkan bahawa penduduk-penduduk berhimpun di gereja dan “mendengar khutbah, menyanyi lagu pujian dan berdoa selama berjam-jam.”
Nabi Yoel menceritakan satu bencana teruk yang dialami oleh orang Yehuda, kejadian ini juga memimpin mereka untuk berdoa. Kawanan belalang yang tidak terhitung jumlahnya telah meliputi ladang-ladang dan umat Israel berseru, “pokok anggur kita telah dimusnahkan, dan pokok ara kita dirosakkan” (Yoel 1:7). Apabila dia dan orang-orangnya hairan dengan kemusnahan itu, Yoel berdoa, “Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN” (1:19). Secara langsung dan tidak langsung, kedua-dua orang dari Eropah utara dan Yehuda mengalami bencana yang berasal daripada akibat dosa dunia ini (Kejadian 3:17–19; Roma 8:20–22). Tetapi mereka juga menyedari bahawa saat-saat bencana itu telah memimpin mereka berseru kepada Tuhan dan mencari Tuhan dalam doa (Yoel 1:19). Tuhan pun berkata, “Tetapi sekarang bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku” (2:12).
Apabila kita menghadapi kesukaran dan bencana, semoga kita kembali kepada Tuhan―mungkin dalam kedukaan, atau menyatakan penyesalan. “Penuh Rahmat” dan “berlimpah kasih setia” (ayat 13, TB), Dia menarik kita ke arah-Nya―menyediakan penghiburan dan pertolongan yang kita perlukan.