Month: September 2022

Keajaiban Keselamatan

Kehidupan penulis blog Kevin Lynn berada di ambang kehancuran. Dalam artikelnya baru-baru ini, Kevin mengimbas kembali, “Sebenarnya, saya telah mengacukan pistol ke kepala saya ... campur tangan Tuhan yang luar biasa telah masuk ke dalam bilik dan hidup saya. Pada saat itulah, saya menemui Tuhan. Tuhan telah campur tangan dan menghalang Lynn mengambil nyawanya sendiri. Tuhan memenuhi Lynn dengan keyakinan yang kukuh dan mengingatkan dia bahawa kasih-Nya tetap hadir. Selepas kejadian yang menakjubkan tersebut, Lynn telah membuat keputusan untuk berkongsi pengalamannya kepada orang ramai dengan mencipta sebuah pelayanan di Youtube. Melalui saluran itu dia berkongsi kesaksian tentang perubahan hidupnya serta kesaksian-kesaksian orang lain.

Pilihlah dengan Bijak

Angkasawan Chris Ferguson harus membuat keputusan yang sukar sebagai komander kru penerbangan yang dijadualkan untuk terbang ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Namun keputusan tersebut tiada kena-mengena dengan mekanik penerbangan atau keselamatan angkasawannya yang lain. Sebaliknya, keputusan yang dibuat oleh Ferguson berkaitan dengan apa yang dianggapnya sebagai kerja paling penting dalam hidupnya, iaitu keluarganya. Ferguson membuat keputusan untuk tidak pergi ke angkasa supaya dia dapat menghadiri upacara perkahwinan anak perempuannya.

Kuasa Sebuah Nama

Ranjit yang berusaha untuk mengesahkan nilai hidup beberapa orang kanak-kanak yang tinggal di jalanan di Mumbai, India, telah menggubah sebuah lagu dengan menggunakan nama kanak-kanak tersebut. Dengan menghasilkan melodi-melodi yang unik untuk setiap nama, Ranjit mengajar mereka lagu tersebut dengan berharap bahawa kanak-kanak tersebut dapat memperoleh memori-memori yang positif berkaitan dengan nama mereka. Bagi kanak-kanak yang jarang mendengar nama mereka disebut dengan penuh kasih, Ranjit telah memberi mereka hadiah penghormatan.

Ceritanya Belum Berakhir

Apabila drama British Line of Duty berakhir, bilangan penonton yang memecah rekod ingin sekali mengetahui penghujung cerita mengenai penentangan pihak polis terhadap jenayah terancang dalam drama tersebut. Namun ramai penonton berasa kecewa akan pengakhiran drama tersebut kerana ceritanya mengimplikasikan bahawa akhirnya kejahatan tetap akan menang. “Aku mahu orang jahat dihukum,” kata seorang peminat. “Kami mahu pengakhiran drama yang bermoral.”