Claud dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bermasalah di London Selatan. Dia mula menjual ganja pada usia 15 tahun dan heroin ketika berumur 25 tahun. Untuk menyamarkan aktiviti jenayahnya, dia menjadi mentor kepada orang-orang muda. Tidak lama setelah itu, kesaksian hidup seorang pengurusnya yang beriman kepada Yesus telah menarik perhatiannya dan membangkitkan rasa ingin tahunya. Selepas menghadiri kursus untuk mengetahui lebih lanjut tentang iman Kristian, dia “mencabar “ Kristus masuk ke dalam hidupnya. “Saya berasa sangat dialu-alukan dan diterima,” katanya. “Orang melihat perubahan hidup saya dengan serta merta. Saya adalah pengedar dadah yang paling gembira di dunia!”
Tuhan terus bekerja dalam hidupnya. Ketika Claud menimbang satu beg kokain pada keesokan harinya, dia berfikir, Ini perbuatan gila. Aku sedang meracuni orang! Dia menyedari bahawa dia mesti berhenti menjual dadah dan mencari pekerjaan lain. Dengan pertolongan Roh Kudus, dia bertaubat dan tidak melakukannya lagi.
Perubahan seperti inilah yang dimaksudkan oleh rasul Paulus ketika dia menulis surat kepada jemaah di Efesus. Dia berseru kepada mereka supaya tidak hidup terpisah daripada Tuhan, dia menggesa mereka, “buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu” dan sebaliknya “hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah … kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci” (Efesus 4:22,24). Bentuk kata kerja yang digunakan oleh Paulus menunjukkan bahawa kita perlu sentiasa hidup seperti manusia baharu.
Seperti yang berlaku dalam hidup Claud, Roh Kudus gembira untuk menolong kita hidup sesuai dengan diri kita yang baharu dan menjadi lebih menyerupai Yesus.