Month: Oktober 2022

Melampaui Kata-Kata

Thomas Aquinas (1225 –1274) merupakan salah seorang pembela iman yang paling terkenal di gereja. Namun hanya 3 bulan sebelum kematiannya, sesuatu telah menyebabkan dia tidak menghabiskan karyanya Summa Theologica, warisan terbesar dalam hidupnya. Ketika dia merenungkan tubuh Penyelamatnya yang ditikam dan darah-Nya mengalir, Aquinas mengakui bahawa dia mendapat suatu penglihatan yang menyebabkan dia bungkam. Dia berkata, “Tiada yang dapat saya tulis lagi. Saya telah melihat perkara-perkara yang membuat tulisan saya tidak bernilai seperti jerami.” Sebelum Aquinas, Paulus juga mendapat satu penglihatan. Dalam 2 Korintus, dia menggambarkan pengalaman itu: “Orang itu [Paulus sendiri] diangkat ke Firdaus. (Aku tidak tahu sama ada hal ini benar-benar berlaku atau hanya suatu penglihatan—Allah sahaja yang tahu.) Di situ dia mendengar perkara-perkara yang tidak boleh dan tidak dapat diungkapkan” (12:3-4). Paulus dan Aquinas mahu kita merenungkan kebaikan yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata mahupun akal. Kesedaran Aquinas menyebabkan dia mendapati mustahil untuk menyelesaikan karyanya dengan menggambarkan Tuhan yang telah mengutus Anak-Nya untuk disalibkan bagi kita dengan lengkap. Sebaliknya, Paulus pula terus menulis, tetapi dia melakukannya dengan kesedaran terhadap apa yang tidak dapat diungkapkannya atau diselesaikan menurut kekuatannya sendiri. Dalam segala kesusahan yang dihadapi oleh Paulus dalam pelayanannya kepada Kristus (2 Korintus 11:16-33; 12:8-9), dia dapat mengingat kembali dan melihat bahawa dalam kelemahannya, terdapat rahmat Tuhan serta kebaikan yang melampaui kata-kata dan keajaiban.

Tuhan Berfirman

Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell, iaitu pencipta telefon yang pertama di dunia bercakap melalui telefon buat pertama kalinya. Dia menelefon pembantunya, Thomas Watson dan berkata, “Watson, mari sini. Saya ingin berjumpa dengan kamu.” Panggilan telefon itu terputus-putus dan tidak jelas tetapi dapat difahami, Watson mendengar apa yang dikatakan oleh Bell. Kata-kata pertama yang diucapkan oleh Bell melalui talian telefon membuktikan bahawa hari baharu bagi sistem komunikasi manusia telah bermula.

Tinggal dalam Kristus

Seorang pengkhutbah Inggeris yang bernama F. B. Meyer (1847 –1929), menggunakan sebiji telur sebagai contoh untuk menggambarkan apa yang disebutnya “falsafah yang mendalam tentang tinggal dalam Kristus.” Dia mengatakan bahawa kuning telur yang disenyawakan adalah “kuman hidup” kecil yang membesar setiap hari sehingga anak ayam terbentuk di dalam cangkerang. Demikian juga Yesus akan datang dan tinggal dengan kita melalui Roh Kudus-Nya yang mengubah hidup kita. Meyer berkata, “Mulai sekarang Kristus akan terus bertumbuh, bertambah dan menyerap segala sesuatu ke dalam diri-Nya, serta membentuk diri-Nya dalam kamu.”

Tanda-Tanda Kehidupan

Apabila anak perempuan saya menerima sepasang ketam peliharaan sebagai hadiah, dia menyediakan tangki kaca dan mengisinya dengan pasir supaya haiwan itu boleh memanjat dan menggali. Dia juga membekalkan air, protein, dan sisa sayur-sayuran sebagai makanan ketam. Ketam itu kelihatan baik-baik sahaja, tapi agak mengejutkan apabila ketam itu tiba-tiba menghilang pada suatu hari. Kami mencari di mana-mana. Akhirnya, kami berfikir bahawa ketam tersebut mungkin berada di bawah pasir, dan akan berada di situ selama kira-kira 2 bulan semasa melepaskan rangka luar ketam. Kini 2 bulan sudah berlalu, kemudian sebulan lagi berlalu dan saya mula berasa bimbang serta berfikir bahawa mungkin ketam itu telah mati. Semakin lama kami menunggu, saya menjadi semakin tidak sabar. Akhirnya, kami melihat tanda-tanda kehidupan, ketam-ketam tersebut muncul dari pasir. Saya juga tertanya-tanya jika orang Israel pernah meragui nubuat Tuhan untuk mereka akan digenapi ketika mereka hidup sebagai orang buangan di Babilonia. Adakah mereka berasa putus asa? Adakah mereka bimbang bahawa mereka akan terperangkap di sana selama-lamanya? Melalui Yeremia, Tuhan telah berfirman, “Aku akan memperhatikan kamu lagi dan menepati janji-Ku untuk membawa kamu pulang [ke Yerusalem]” (Yeremia 29:10). Tepat sekali, 70 tahun kemudian, Tuhan mengerakkan hati Raja Kores iaitu raja Persia untuk membenarkan orang Yahudi pulang dan membina semula Rumah TUHAN mereka di Yerusalem (Ezra 1:1-4). Dalam musim-musim penantian yang kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku, Tuhan tidak melupakan kita. Semasa Roh Kudus menolong memupuk kesabaran dalam diri kita, kita dapat mengetahui bahawa Dia adalah Pemberi Harapan, Pemegang Janji, dan Dialah yang mengawal masa depan.

Bayi Lelaki

Selama lebih daripada setahun, nama asalnya ialah “Baby Boy.” Dia ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang mendengar tangisannya. Baby Boy telah ditinggalkan—berjam-jam lamanya di dalam sebuah beg dan tubuhnya hanya dibalut dengan kain—di tempat letak kereta di sebuah hospital.