Ribut angin yang kuat telah melanda sebuah komuniti pada suatu petang Jun tahun 2021, memusnahkan bangsal sebuah keluarga. Ini merupakan kerugian yang menyedihkan kerana bangsal itu merupakan harta keluarga itu sejak turun-temurun sejak akhir tahun 1800-an. Pada keesokan pagi, ketika John dan Barb sedang dalam perjalanan ke gereja, mereka melihat kerosakan itu dan memikirkan bagaimana mereka dapat membantu. Oleh itu, mereka berhenti dan mendapati keluarga itu memerlukan bantuan untuk pembersihan. Lalu, dengan cepat mereka menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah untuk menukar pakaian dan kembali ke tempat kejadian untuk membantu membersihkan kemusnahan akibat angin yang telah mengganas. Mereka meletakkan iman mereka dalam tindakan ketika mereka melayani keluarga ini.
Yakobus berkata bahawa “iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia!” (Yakobus 2:26). Dia memberikan contoh Abraham, yang taat mengikut Tuhan walaupun dia tidak tahu tempat yang dia akan pergi (ayat 23; baca Kejadian 12:1-4; 15:6; Ibrani 11:8). Yakobus juga menyebut Rahab, yang menunjukkan kepercayaannya kepada Tuhan Israel ketika dia menyembunyikan pengintip-pengintip yang datang untuk memeriksa mengintip kota Yerikho (Yakobus 2:25; Lihat Yosua 2; 6:17).
“Tidak ada gunanya seorang Kristian berkata, ‘Saya beriman,’ jika perbuatannya tidak membuktikan imannya.” (Yakobus 2:14), Matthew Henry memberi komen, “Iman adalah akar, kerja-kerja yang baik adalah buahnya,” “dan kita harus memastikan bahawa kita memiliki kedua-duanya.” Tuhan tidak memerlukan perbuatan baik kita, tetapi iman kita terbukti melalui tindakan kita.