Month: Disember 2022

Penyertaan Tuhan yang Pasti

  Beberapa tahun yang lepas, saya melihat seorang lelaki sedang berjalan agak jauh di hadapan saya dengan kedua-dua tangannya memegang beberapa bungkusan. Tiba-tiba dia tersandung dan semua bungkusan yang dipegangnya terjatuh. Beberapa orang membantu dia berdiri dan mengutip barang-barang yang jatuh bertempiaran di atas jalan. Tetapi mereka terlepas pandang sesuatu—dompetnya. Saya pun mengambil dompet itu dan bergegas mengejar lelaki tersebut dengan harapan untuk memulangkan benda yang penting itu. Saya berteriak “Encik, encik!” dan akhirnya mendapat perhatiannya. Dia menoleh sebaik sahaja saya menghampirinya. Ketika saya menghulurkan dompet tersebut, saya masih ingat riak wajahnya yang kelihatan terkejut dengan perasaan lega dan penuh kesyukuran.

Situasi yang pada mulanya hanya mengikuti lelaki itu dari belakang bertukar menjadi sesuatu yang agak berbeza. Kebanyakan terjemahan Alkitab menggunakan perkataan mengiringi (atau mengikuti) dalam ayat terakhir Mazmur 23—”Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku” (ayat 6, AVB). Walaupun perkataan “mengiringi” adalah sesuai dalam situasi tersebut, perkataan sebenar dalam bahasa Ibrani yang digunakan adalah lebih tegas, malah agresif. Perkataan itu secara harfiahnya bermaksud “menjejaki atau mengejar”, seperti pemangsa yang memburu mangsanya (bayangkan serigala memburu domba).

Berita Baik Krismas

Berita Baik Krismas

 

Lukas 2:10: Tetapi malaikat itu berkata, “Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang.

 

Pengertian Natal yang sebenar semakin pudar dalam kalangan orang Kristian hari ini, malah Natal juga turut disambut oleh orang bukan Kristian kerana ramai yang beranggapan bahawa Natal adalah kesempatan untuk bertukar hadiah, makan-makan, minum-minum dan bercuti…

Berita Baik yang Menggembirakan

Berita Gembira untuk Semua Orang

Semua orang sangat suka akan berita gembira. Sepanjang hidup anda, apakah berita yang paling menggembirakan? Mendapat keputusan yang cemerlang? Dinaikkan pangkat dan gaji? Orang terdekat anda berkahwin, melahirkan anak atau bebas daripada penyakit? Tentu banyak sekali. Dalam Alkitab, ada satu berita gembira yang dapat mempengaruhi hidup dan masa depan kita, bahkan sumber untuk segala berita gembira…

Harapan Besar

Pada suatu hari yang sibuk sebelum Hari Krismas, seorang wanita warga emas mendekati kaunter di pejabat pos yang sesak di kawasan kejiranan saya. Dengan memerhatikan langkahnya yang perlahan, kerani pos di kaunter menyapanya, “Helo, wanita muda!” Kata-kata kerani tersebut memang mesra, akan tetapi segelintir orang di situ mungkin akan salah sangka bahawa maksud “orang muda” adalah lebih baik.

Alkitab mengilhami kita untuk melihat bahawa usia lanjut boleh memotivasikan harapan kita. Ketika Yesus yang masih bayi dibawa ke Rumah Tuhan oleh Yusuf dan Maria untuk upacara penyucian (Lukas 2:23, rujuk Keluaran 13:2, 12), tiba-tiba dua orang percaya yang sudah tua menjadi tumpuan.
Yang pertama, Simeon—yang telah menunggu selama bertahun-tahun untuk melihat Mesias—”mengambil [Yesus] lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah, ‘Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram. Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu. Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa’ “ (Lukas 2:28-31).
Kemudian Hana, seorang nabi yang “umurnya sudah lanjut” (ayat 36). Hana tiba semasa Simeon sedang bercakap dengan Maria dan Yusuf. Dia merupakan seorang balu yang hanya berkahwin selama 7 tahun dan tinggal di Rumah Tuhan sehingga umurnya 84 tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan, “siang malam dia beribadat kepada Allah dengan berdoa dan berpuasa.” Sewaktu dia melihat Yesus, dia mulai memuji Tuhan, menjelaskan tentang “anak itu kepada semua orang yang menantikan masanya Allah membebaskan Yerusalem” (ayat 37-38).

Kebergantungan Harian

Pada suatu pagi, anak-anak kami yang masih kecil memutuskan untuk bangun awal dan membuat sarapan pagi untuk mereka sendiri. Akibat daripada minggu yang memenatkan, saya dan isteri cuba tidur sehingga sekurang-kurangnya jam 7.00 pagi pada hari Sabtu tersebut. Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat! Saya pun terus melompat dari katil dan bergegas turun ke bawah untuk melihat apa yang telah berlaku. Saya melihat mangkuk yang pecah dan makanan bertaburan di atas lantai. Jonas, anak lelaki kami yang berumur 5 tahun sedang bertungkus-lumus menyapu kotoran yang melekit di atas lantai. Anak-anak saya lapar, tetapi mereka memilih untuk tidak meminta bantuan dan sebaliknya ingin berdikari. Akibatnya, mereka tidak dapat menikmati makanan tersebut.

Dari segi kemanusiaan, kanak-kanak sepatutnya membesar dengan bergantung kepada ibu bapa dan hanya mampu berdikari apabila mereka sudah dewasa. Tetapi dalam hubungan kita dengan Tuhan, kematangan bermaksud peralihan daripada kebergantungan pada diri sendiri kepada kebergantungan terhadap Tuhan. Berdoa merupakan satu cara untuk kita belajar bergantung kepada Tuhan. Ketika Yesus mengajar para pengikut-Nya—dan setiap kita yang percaya kepada-Nya—untuk berdoa “Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini” (Matius 6:11), Yesus mengajarkan doa kebergantungan. Makanan adalah metafora untuk bekalan keperluan, penyelamatan, dan bimbingan (ayat 11-13). Kita bergantung kepada Tuhan untuk semua itu dan banyak lagi.