Apabila Taher dan isterinya, Donya, menjadi orang yang percaya kepada Yesus, mereka tahu mereka akan berada dalam risiko untuk menghadapi penganiayaan di tanah air sendiri. Memang betul, pada suatu hari Taher ditutup matanya, digari, dipenjarakan, dan disabitkan kerana kemurtadan. Sebelum dia muncul di perbicaraan, dia dan Donya memutuskan bahawa mereka tidak akan mengkhianati Yesus.
“Saya tidak tahu kenapa, tetapi saya ingin membawa anda keluar dari mulut ikan paus dan singa.” Selepas itu, Taher “tahu bahawa Tuhan sedang bekerja”; dia tidak ketahui bagaimana untuk menjelaskan tentang hakim tersebut yang telah merujuk kepada dua ayat dalam Alkitab (sila baca Yunus 2 dan Daniel 6). Taher dibebaskan dari penjara dan keluarganya kemudian dibuang negeri ke tempat lain.
Pembebasan Taher yang penuh kejutan bergema dengan cerita Daniel. Sebagai seorang penyelia yang mahir, dia sepatutnya dinaikkan pangkat, akibatnya rakan-rakan sekerjanya cemburu dengannya (Daniel 6:3-5). Mereka berkomplot untuk menjatuhkan Daniel, malah mereka memujuk Raja Darius untuk menetapkan suatu titah larangan terhadap sesiapa pun yang memohon sesuatu kepada tuhan atau manusia mana pun selain raja—sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh Daniel. Maka Raja Darius terpaksa menghumban dia ke dalam gua singa (ayat 16). Tetapi Tuhan “melepaskan Daniel” dan menyelamatkan dia daripada maut (ayat 27), sepertimana Dia menyelamatkan Taher melalui pembebasan yang penuh kejutan daripada hakim.
Ramai orang percaya menderita pada hari ini kerana mereka mengikut Yesus, bahkan ada antara mereka yang dibunuh. Apabila kita menghadapi penganiayaan, kita dapat menguatkan iman kita apabila kita memahami bahawa Tuhan mempunyai cara-Nya yang kita tidak dapat bayangkan. Ketahuilah bahawa Dia menyertai anda dalam apa pun pergelutan yang anda hadapi.