Lebih daripada enam dekad, pemberita Paul Harvey ialah suara yang diketahui ramai di radio Amerika. Dia ada bakat untuk bercakap dalam gaya yang menarik, “Kamu tahu apa berita tersebut, sebentar lagi kamu akan dengar cerita yang seterusnya.” Selepas penyiaran iklan yang pendek, dia akan menceritakan sedikit kisah mengenai seorang yang terkenal. Tetapi dia akan menyembunyikan sedikit butiran sehingga akhir cerita, sama ada nama orang tersebut atau sesuatu kunci elemen. Dia menarik minat para pendengar dengan diam sejenak dan cogan kata yang dramatik: “Dan sekarang anda tahu … cerita yang seterusnya.”
Visi rasul Yohanes mengenai perkara pada masa lalu dan masa depan dibentangkan dengan perjanjian yang serupa. Walau bagaimanapun, ceritanya bermula dengan nota sedih. Dia tidak dapat berhenti menangis apabila dia melihat tiada seorang pun di syurga mahupun di bumi dapat menjelaskan apa yang akan berlaku pada masa depan (Wahyu 4:1; 5:1-4). Selepas itu dia terdengar satu suara yang memberi harapan dalam “Singa daripada suku Yehuda” (ayat 5). Tetapi apabila Yohanes melihat, dia tidak melihat seekor singa yang menakluki, sebaliknya dia melihat seekor anak domba “yang kelihatan sudah disembelih” (ayat 5-6). Penglihatan yang tidak berkemungkinan ini mencetus kepada gelombang perayaan yang mengelilingi takhta Tuhan. Dalam tiga baris korus yang selanjutnya, 24 orang tua-tua menyertai perayaan ini dengan malaikat yang tidak terkira banyaknya dan semua makhluk yang di syurga dan di bumi (ayat 8-14).
Siapa yang dapat membayangkan seorang Penyelamat yang disalibkan akan menjadi harapan kepada semua makhluk ciptaan, kemuliaan Tuhan kita, dan cerita kita yang seterusnya.