Pelayan muda kampus itu berasa susah hati, tetapi dia kelihatan bingung apabila saya dengan terus terang bertanya jika dia berdoa untuk pimpinan Tuhan dan pertolongan-Nya. Berdoa, seperti yang digesa oleh Paulus, tanpa berhenti. Pemuda itu mengaku, “Saya tidak pasti saya masih percaya dalam doa.” Dahinya berkerut. “Atau percaya bahawa Tuhan masih mendengar. Lihatlah keadaan dunia ini.” Pemimpin muda itu “membina” sebuah pelayanan berdasarkan kekuatannya sendiri, malangnya, dia gagal. Mengapakah demikian? Sebab dia menolak Tuhan.
Yesus, sebagai batu penjuru gereja, sentiasa ditolak. Sebenarnya orang yang mula menolak Dia ialah orang-orang kepunyaan-Nya (Yohanes 1:11). Ramai orang masih menolak Dia hari ini, mereka bergelut untuk membina kehidupan, pekerjaan, bahkan gereja mereka berada atas dasar yang lemah—kerana jemaah lebih mementingkan rancangan mereka sendiri, impian dan asas lain yang tidak boleh diharap. Namun, Penyelamat kita yang baik ialah kekuatan dan pertahanan kita (Mazmur 118:14). Sesungguhnya, “batu yang telah dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru” (ayat 22).
Yesus ialah batu penjuru yang penting dalam kehidupan kita, Dia menyediakan satu-satunya penjajaran yang tepat untuk apa sahaja yang ingin dicapai oleh orang-orang percaya bagi-Nya. Oleh itu, kita boleh berdoa kepada-Nya, “Selamatkanlah sekarang, aku berdoa, ya TUHAN; Ya TUHAN, aku berdoa, hantarlah kemakmuran” (ayat 25). Hasilnya? “Diberkatilah orang yang datang dalam nama TUHAN” (ayat 26). Semoga kita bersyukur kepada-Nya kerana Dia kuat dan baik.