Ujian DNA telah membantu menyatukan dua orang adik beradik lelaki yang terpisah hampir dua puluh tahun akibat pengambilan anak angkat. Ketika Kieron menghantar mesej kepada Vincent, orang yang dipercayai ialah adik lelakinya, Vincent berfikir, Siapakah orang asing ini? Apabila Kieron bertanya apa nama kelahirannya, dia terus menjawab, “Tyler.” Oleh demikian dia tahu bahawa mereka ialah adik-beradik. Dia dikenal pasti kerana namanya!
Renungkan bagaimana nama memainkan peranan penting dalam cerita Paskah. Ketika ia berlaku, Maria Magdalena datang ke makam Kristus, dan dia menangis apabila dia mendapati jenazah-Nya telah hilang. “Puan, mengapa menangis?” Yesus bertanya (Yohanes 20:15). Maria tidak dapat mengecam Yesus sebelum Dia memanggil namanya: “Maria” (ayat 16).
Sejurus Dia memanggil namanya, Maria “berseru dalam bahasa Ibrani, ‘Rabboni!’ (ertinya “Guru”)” (ayat 16). Reaksinya menggambarkan kegembiraan yang dialami oleh orang yang percaya kepada Yesus pada pagi hari Paskah, kerana Kristus telah bangkit menakluki kematian untuk semua orang, serta mengenal setiap kita sebagai anak-Nya. Seperti Dia berkata kepada Maria, “Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu” (ayat 17).
Dua orang adik-beradik lelaki ini yang bertemu semula di Georgia kerana nama telah berjanji untuk membawa “hubungan ini ke peringkat seterusnya.” Pada hari Paskah, kita memuji Yesus kerana Dia telah mengambil langkah sepenuhnya untuk menyatakan kasih-Nya dengan rela berkorban untuk mereka yang dikenal sebagai milik-Nya. Bagi anda dan saya, sesungguhnya, Dia hidup!