Month: Ogos 2023

Pesta Penyembahan

Menghadiri acara besar mungkin boleh mengubah keperibadian anda dengan cara yang mengejutkan. Setelah berinteraksi dengan lebih daripada 1200 orang dalam sebuah acara yang berlangsung selama beberapa hari di UK dan AS, seorang pengkaji iaitu Daniel Yudkin dan rakan-rakan sekerjanya mendapati bahawa pesta besar dapat mempengaruhi arah moral kita, bahkan mempengaruhi keinginan kita untuk berkongsi sumber dengan orang lain. Penelitian mereka menemukan bahawa 63 peratus daripada peserta itu melalui pengalaman “transformasi” di pesta. Acara seperti ini juga membuat mereka berasa lebih terhubung dengan sesama dan lebih murah hati terhadap teman, keluarga, bahkan orang asing.

Lebih daripada Duta Jenama

Persaingan pada era internet semakin sengit. Semakin banyak syarikat mencipta cara yang lebih kreatif untuk menarik pelanggan. Sebagai contoh, pemilik kereta Subaru terkenal dengan kesetiaan, jadi syarikat itu menjemput “peminat super Subaru” untuk menjadi “duta jenama” bagi kenderaan tersebut.

Kuasa Kegigihan

Pada tahun 1917, seorang tukang jahit yang masih muda bernama Ann Lowe Cone, berasa sangat gembira kerana diterima di salah sebuah sekolah rekaan fesyen terkenal di Kota New York. Namun, ketika dia tiba dari Florida untuk mendaftar kelas tersebut, pengarah sekolah itu mengatakan dia tidak dialu-alukan. “Saya harus terus terang, cik Cone, kami tidak tahu bahawa anda adalah orang kulit hitam,” katanya. Dia enggan pergi, dan membisikkan doa ini: Tolong biarkan aku tinggal di sini. Melihat kegigihannya, pengarah itu menerima kemasukan Ann ke sekolah itu, tetapi mengasingkannya dari kelas yang dikhaskan untuk orang kulit putih dengan pintu belakang terbuka, “agar [dia] dapat mendengar” apa yang diajar.

Harapan bagi Keluarga yang Hancur

Harapan bagi Keluarga yang Hancur

 

Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia. (Yohanes 16:33)

 

Waktu saya masih remaja, setiap tahun saya pasti akan menyertai kem remaja Kristian (juga dikenali sebagai konferensi). Setiap kem yang saya sertai pasti ada sesi memberikan kesaksian kepada…

Yesus Saudara Kita

Bridger Walker baru berusia enam tahun ketika seekor anjing garang menerkam adik perempuannya. Bridger dengan pantas melompat ke depan adiknya untuk melindunginya daripada serangan anjing ganas itu. Setelah mendapat rawatan kecemasan dan menjalani sembilan puluh jahitan di wajahnya, Bridger menjelaskan tindakannya itu. “Jika ada sesiapa yang harus mati, saya fikir itu seharusnya saya.” Tetapi syukur, ahli bedah plastik telah membantu menyembuhkan wajah Bridger. Kasih mendalam seorang abang terhadap adiknya tidak berubah dan jelas terserlah dalam gambar-gambar terbaru mereka, gambar yang dia memeluk adik perempuannya.