Majalah Discover mencadangkan bahawa ada lebih kurang 700 kuintilion (angka 7 diikuti oleh 20 angka sifar) planet di alam semesta, tetapi hanya ada satu seperti Bumi. Ahli astrofizik iaitu Erik Zackrisson berkata bahawa salah satu keperluan bagi sebuah planet untuk menyokong kehidupan adalah planet ini mampu mengorbit dalam zon “Goldilocks”, tempat yang suhunya amat sesuai, dan ada air. Antara 700 kuintilion planet ini, hanya Bumi satu-satunya planet mempunyai persekitarannya yang amat sesuai. Zackrisson membuat kesimpulan bahawa Bumi entah bagaimana telah dibentuk oleh “tangan yang agak bertuah.”

Paulus meyakinkan orang percaya di Kolose bahawa alam semesta ini wujud bukan disebabkan “bertuah”, tetapi disebabkan pekerjaan Yesus. Rasul mempersembahkan Kristus sebagai pencipta dunia: “Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan” (Kolose 1:16). Yesus bukan sahaja pencipta dunia yang berkuasa, tetapi Paulus berkata bahawa “setiap yang wujud ada dalam-Nya” (ayat 17)—dunia yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, tetapi dunia yang sesuai untuk kewujudan manusia. Apa yang diciptakan Yesus, Dia mempertahankan dengan kebijaksanaan-Nya yang sempurna dan kuasa yang tidak pernah lenyap.

Sementara kita mengambil bahagian dan menikmati keindahan ciptaan, marilah kita memilih untuk tidak bersangka bahawa segalanya adalah disebabkan oleh “tuah”, tetapi segala pujian patut diberikan kepada Yesus yang ada rancangan yang sempurna, berdaulat, berkuasa dan penyayang, yang “keperibadian Allah juga terdapat dengan sepenuhnya dalam diri Anak” (ayat 19, TMV).