Pada permulaan abad kedua puluh, keadaan hidup Mary McDowell amat berbeza dengan keadaan di ladang ternakan yang buruk di Chicago. Walaupun rumahnya terletak cuma 32 kilometer dari situ, dia tidak berapa tahu tentang keadaan para pekerja buruh yang mengerikan itu sehingga mereka mogok di ladang. Sebaik sahaja McDowell mengetahui segala kesusahan yang dihadapi oleh mereka dan keluarga mereka, dia berpindah dan tinggal dalam kalangan mereka, memperjuangkan agar mereka boleh memiliki keadaan yang lebih baik. Dia membantu memenuhi keperluan mereka, termasuklah mengajar kanak-kanak di sekolah di belakang sebuah kedai kecil.

Itulah yang juga dilakukan oleh Ester, untuk memperjuangkan keadaan yang lebih baik untuk orang lain, walaupun dia tidak melibatkan diri secara langsung. Dia adalah seorang ratu Persia (Ester 2:17) dan mempunyai keistimewaan yang berbeza daripada bangsanya, iaitu orang Israel yang telah tersebar di seluruh Persia sebagai orang buangan. Ester membela orang Israel di Persia dan mempertaruhkan nyawanya untuk mereka. Dia berkata, “aku akan masuk menghadap raja, sekalipun bertentangan dengan undang-undang. Jika kerana itu aku harus binasa, biarlah aku binasa” (4:16). Dia boleh sahaja berdiam diri, kerana suaminya ialah raja dan tidak tahu bahawa dia seorang Yahudi (2:10). Tetapi, dia memilih untuk tidak mengabaikan rayuan saudara-maranya yang meminta bantuan, malah dia bertindak dengan berani untuk mendedahkan rancangan jahat musuh yang ingin menghapuskan orang Yahudi.

Kita mungkin tidak dapat melakukan perkara yang besar seperti Mary McDowell atau Ratu Ester, tetapi semoga kita memilih untuk melihat keperluan orang lain dan menggunakan apa yang telah disediakan Tuhan untuk membantu mereka.