Month: Mei 2024

Menjaga Kekuatan Rohani Kita 

Siri filem Rocky mengisahkan seorang petinju setahun jagung. Azamnya yang tidak kunjung padam akhirnya membuat dia mengatasi kemungkinan yang tipis sekali untuk menjadi juara kelas berat. Dalam filem Rocky III, Rocky yang kini sudah berjaya menjadi megah atas pencapaiannya. Penglibatannya dalam periklanan televisyen menggendalakan masa latihannya di gim. Juara itu menjadi lemah, akhirnya dia dikalahkan oleh pencabarnya. Filem ini seterusnya menceritakan kesungguhan Rocky untuk mendapatkan kekuatan juangnya semula.

Kebaikan Kristus

Kebaikan hati atau dendam? Kepala Isaiah baru sahaja kena baling oleh satu balingan liar semasa kejuaraan besbol serantau Liga Kecil dilangsungkan. Dia rebah ke tanah sambil memegang kepalanya. Syukurlah, topi keledarnya melindunginya daripada kecederaan serius. Semasa permainan disambung semula, Isaiah nampak pembaling besbol itu menggigil ketakutan kerana kesilapan yang tidak disengajakannya itu. Pada masa itu, Isaiah melakukan sesuatu yang luar biasa sekali sehingga rakaman video tentang responsnya menjadi tular. Dia berjalan ke arah pembaling itu, lalu memeluknya untuk menenangkannya, dan memastikan pembaling itu mengetahui bahawa dia baik-baik sahaja.

Tuhan pada Masa Lalu dan Sekarang

Sudah bertahun-tahun sejak kami meninggalkan bandar Oregon, tempat kami membesarkan anak-anak kami. Kami mempunyai banyak kenangan manis di sana, dan kunjungan baru-baru ini mengingatkan saya tentang detik-detik yang sudah saya lupakan: permainan bola sepak anak-anak perempuan kami, rumah lama kami, pertemuan anggota gereja dan restoran Mexico milik rakan-rakan kami. Walaupun bandar itu telah berubah, tetapi terdapat juga beberapa tempat yang kekal sama, sehingga mencetuskan keinginan saya untuk kembali mengunjunginya.  

Memperkenalkan Tuhan

Disebabkan kasih kepada Tuhan dan manusia, Kathryn setia dan giat melayani dalam penterjemahan Alkitab. Dia bersukacita apabila wanita di India memahami firman Tuhan dengan lebih mendalam, kerana mereka dapat membacanya dalam bahasa ibunda mereka. Dia menyatakan bahawa apabila golongan wanita di situ mula memahami kebenaran dalam Alkitab, “Mereka sering bersorak atau bertepuk tangan. Selepas mereka membaca tentang Yesus, mereka akan berkata, ‘Oh, hebat!’ ”