Penyair Ireland, iaitu W. B. Yeats mahu dikebumikan “Di Bawah Ben Bulben,” sebuah gunung megah yang memiliki puncak yang rata, tempat yang memberikan inspirasi bagi tajuk puisinya yang terakhir. Baris akhir terukir pada batu nisannya: “Pandangan dingin hati / Pada kehidupan, pada kematian. / Penunggang kuda berlalu sahaja!”
Banyak spekulasi telah berlaku mengenai maksud ini. Mungkin inilah pengakuan penyair tersebut tentang realiti kehidupan dan kematian. Walau apa pun, Yeats mendapat hajatnya tentang tempat pengebumiannya dan apa yang akan dinyatakan pada batu nisannya. Tetapi hakikatnya, hidup diteruskan tanpa kita, bahkan dingin terhadap pemergian kita dari dunia ini.
Pada masa yang sukar dalam sejarah Yehuda, Sebna, seorang “pentadbir istana”, membuat kubur untuk dirinya sendiri untuk memastikan warisannya selepas kematian. Tetapi Tuhan memberitahu dia melalui nabi Yesaya, “Apa urusanmu di sini dan kamu ada siapa di sini sehingga kaugali kubur bagimu di sini, wahai orang yang menggali kuburnya di tempat tinggi, yang memahat tempat baginya bersemadi di bukit batu?” (Yesaya 22:16). Nabi itu berkata kepadanya, “[Tuhan akan] menggulung engkau rapat-rapat menjadi satu gulungan, lalu menggolekkan engkau seperti bola ke tanah yang lapang. Di sanalah engkau akan mati” (ayat 18).
Sebna terlepas perkara yang penting. Apa yang penting bukan tempat yang kita akan dikebumikan; yang paling penting ialah siapa yang kita layani. Mereka yang melayani Yesus mempunyai penghiburan yang tidak terukur ini: “Diberkatilah semua orang yang mati dalam Tuhan” (Wahyu 14:13). Kita melayani Tuhan yang tidak pernah menganggap remeh akan ”pemergian” kita. Dia dapat menjangkakan ketibaan kita dan mengalu-alukan kepulangan kita!