Bulan: Jun 2024

Iman dan Kemurahan Hati

Beberapa tahun yang lalu, gereja kami telah dijemput untuk menjadi tuan rumah bagi para pelarian dari negara yang mengalami kegoncangan besar dalam kepimpinan negara mereka. Keluarga-keluarga itu biasanya datang dengan hanya membawa beg kecil yang berisikan sedikit barang. Maka beberapa buah keluarga dari gereja kami mempelawa mereka tinggal di rumah mereka, termasuk beberapa buah keluarga yang mempunyai ruang bilik yang terhad. 

Harapan Penyembuhan

Sinar harapan baru telah muncul untuk orang yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang. Penyelidik Jerman telah menemui cara bagi merangsang pertumbuhan saraf untuk menyambung semula laluan saraf antara otot dan otak. Pertumbuhan semula tersebut telah membolehkan tikus yang lumpuh berjalan semula, dan ujian akan terus menentukan sama ada terapi itu selamat dan berkesan untuk manusia.

Hati yang Melayani

Apabila pak cik Emory meninggal dunia, penghormatan terakhir yang diterimanya banyak dan pelbagai. Namun semua penghormatan itu membawa tema yang konsisten—Emory menunjukkan kasihnya kepada Tuhan dengan melayani orang lain. Dia menjadi teladan terutama pada waktu perkhidmatan ketenteraannya dalam Perang Dunia II, yang dia berkhidmat sebagai pegawai perubatan yang pergi berperang tanpa senjata. Dia menerima penghormatan tertinggi kerana keberaniannya, tetapi Emory paling diingati kerana pelayanan yang penuh belas kasih, semasa dan selepas perang.

3 Cara Mengajar Anak Mengasihi Tuhan

3 Cara Mengajar Anak Mengasihi Tuhan

Didiklah seorang anak di jalan yang patut dilaluinya, maka pada masa tuanya pun dia tidak menyimpang dari laluan itu” (Amsal 22:6).

“Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. Simpanlah dalam hatimu kata-kata yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Ajarkanlah kesemuanya dengan saksama kepada anak-anakmu dan bicarakanlah semua itu ketika engkau…

Dilema dan Iman yang lebih Dalam

Semasa sesi pembelajaran Alkitab pada pagi Sabtu, seorang bapa berkongsi tentang kebingungannya, kerana anak perempuan kesayangannya yang suka mengingkar telah kembali, tetapi dia tidak selesa dengannya di rumah kerana kelakuannya. Seorang lagi peserta berasa tidak sihat disebabkan penyakit jangka panjang dan usia tua. Dia telah berjumpa banyak doktor tetapi usaha itu hanya membuahkan kemajuan yang minimum. Oleh sebab itu, dia berkecil hati. Namun dengan campur tangan Tuhan, mereka mempelajari Markus fasal 5 pada hari itu. Apabila pembelajaran itu selesai, mereka dapat merasakan harapan dan kegembiraan semula.