Sepasang burung rajawali membuat sebuah sarang gergasi di atas sebatang pokok beberapa kilometer dari rumah saya. Tidak lama kemudian, burung-burung besar itu mempunyai anak rajawali. Anak-anak rajawali dijaga bersama-sama sehingga salah seekor rajawali dewasa tersebut dengan tragiknya dilanggar oleh sebuah kereta dan mati. Selama beberapa hari, rajawali yang masih hidup itu terbang tinggi dan rendah di sebuah sungai yang berhampiran, seolah-olah mencari pasangannya yang hilang. Akhirnya, rajawali tersebut kembali ke sarang untuk membesarkan anak-anaknya.
Dalam apa pun keadaan, menjadi ibu atau bapa tunggal adalah mencabar. Kegembiraan yang dibawa oleh seorang anak bercampur baur dengan tekanan kewangan dan emosi, yang mungkin menimbulkan pelbagai jenis pengalaman pahit dan manis. Namun bagi ibu atau bapa tunggal yang harus memainkan peranan penting ini, dan sesiapa sahaja yang cuba menangani situasi yang sukar sekali, mereka boleh menemukan harapan.
Tuhan bersama kita ketika kita lelah dan patah semangat. Oleh sebab Dia maha berkuasa—dan tidak berubah, kuasa-Nya kekal selamanya, kita boleh percaya apa yang dikatakan dalam Alkitab: “Mereka yang menanti-nantikan TUHAN akan mendapat kekuatan baru” (Yesaya 40:31). Walaupun kekurangan yang kita alami sendiri tidak akan menentukan apa yang akan berlaku kepada kita kerana kita boleh mengandalkan Tuhan untuk membangkitkan semula semangat kita dengan cara luar biasa. Kita akan mendapat kekuatan baharu dengan berharap kepada-Nya, dan “terbang tinggi dengan sayap seperti burung rajawali” (ayat 31).