Month: Julai 2024

Berbuat Baik

Seorang penjenayah telah ditangkap, dan detektif menanyai pesalah tersebut mengapa dia tidak takut menyerang orang di hadapan begitu ramai saksi. Jawapannya mengejutkan: “Aku tahu mereka tidak akan melakukan apa-apa; begitulah manusia.” Komen itu menggambarkan apa yang dikenali sebagai “pengetahuan bersalah”—orang memilih untuk tidak menghiraukan sesuatu jenayah walaupun tahu jenayah itu sedang dilakukan.

Gol Kemenangan

Pada 5 Februari 2023, Christian Atsu menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan bola sepaknya dalam satu perlawanan di Turki. Christian, yang merupakan seorang pemain bintang antarabangsa, mula belajar bermain bola sepak sebagai seorang kanak-kanak yang lari berkaki ayam di negara asalnya di Ghana. Christian percaya kepada Kristus: “Mengenal Yesus ialah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya,” katanya. Atsu memuatkan ayat-ayat Alkitab di media sosial, berani bersuara tentang imannya, dan bertindak memperlihatkan imannya dengan membiayai sebuah sekolah untuk anak-anak yatim.

Berwaspada dalam Berkata-kata

Jarang sekali kedengaran pihak institusi mengaku bersalah selepas berlakunya sesuatu tragedi. Akan tetapi, setahun selepas kematian seorang pelajar berusia 17 tahun akibat bunuh diri, pihak sebuah sekolah yang berprestij mengakui bahawa mereka “gagal sama sekali” untuk memberikan perlindungan. Pelajar itu telah dibuli dengan kejam, walaupun para pemimpin sekolah telah mengetahui penganiayaan tersebut, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melindunginya. Sekolah tersebut kini berkomitmen mengambil langkah penting untuk menangani kes buli dan berusaha lebih keras untuk menjaga kesihatan mental pelajar.

Kehancuran yang Membawa Berkat

Belakangnya bongkok, dan dia berjalan dengan menggunakan tongkat, tetapi penggembalaan rohaninya selama 6 dekad membuktikan bahawa dia mengandalkan Tuhan—sumber kekuatannya. Pada tahun 1993, Reverend William Barber II didiagnosis dengan penyakit yang melemahkan badan kerana vertebra tulang belakangnya tercantum. Secara tidak langsung, dia diberitahu, “Barber, kamu mungkin perlu mempertimbangkan kerjaya yang lain, kerana pihak gereja tidak akan mahu [seseorang yang kurang upaya] untuk menjadi pastor mereka.” Namun Barber tidak tersinggung dengan komen yang menyakitkan itu. Tuhan bukan sahaja memakai dia sebagai pastor, tetapi dia juga menjadi orang penting dan dihormati untuk orang yang terabai dan terpinggir.