Syurga sedang Menyanyi
Kegembiraan jelas kedengaran dalam nyanyian lagu Argentina, “El Cielo Canta Alegria” oleh pasukan koir sebuah sekolah menengah. Saya berasa seronok menonton persembahan itu tetapi tidak faham liriknya dalam bahasa Sepanyol. Tetapi tidak lama kemudian, saya terdengar satu perkataan yang biasa diucapkan semasa koir dengan penuh bersemangat melaungkan, “Haleluya!” dengan berulang-ulang. “Haleluya,” yang bererti “Puji Tuhan”, selalunya sebutannya sama dalam kebanyakan bahasa di seluruh dunia. Kerana ingin tahu tentang latar belakang lagu itu, maka selepas tamat konsert, saya terus melayari internet dan mendapati terjemahantajuk lagu itu dalam bahasa Inggeris ialah “Heaven Is Singing for Joy”(“Syurga Sedang Menyanyi dengan Gembira”).
Saling Membantu
Apabila pasukan bola keranjang dari Universiti Fairleigh Dickinson (FDU) mula masuk ke gelanggang untuk bermain di pertandingan bola keranjang peringkat universiti, para peminat mula bersorak untuk skuad yang tidak dikenali itu. Pasukan itu tidak dijangka akan melepasi pusingan pertama, namun mereka berjaya juga. Pada ketika ini, kedengaran lagu pasukan mereka dimainkan dari pentas, walaupun mereka tidak diiringi oleh pancaragam. Rupanya pancaragam dari Universiti Dayton telah belajar bermain lagu FDU beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Sebenarnya pasukan pancaragam itu boleh sahaja bermain lagu yang diketahui mereka, tetapi mereka memilih untuk belajar lagu FDU demi membantu sekolah dan pasukan lain.
Sejauh Mana Kita Patut Pergi?
Sejauh mana kita patut pergi?
Pada bulan Mei yang lalu, saya telah mengembara selama 10 hari untuk mendaki laluan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal yang terkenal di dunia. Inilah salah satu impian saya sejak 2017. Saya tidak begitu aktif dalam sukan; bahkan, saya seorang yang sering sakit dan lemah ketika membesar. Namun, apabila saya mencecah usia 30-an, saya mula mempelajari…
Lebih Daripada Keluarga
Jon telah diupah sebagai seorang profesor penuh di sebuah universiti yang terkemuka. Abangnya David amat gembira, tetapi seperti kebanyakan abang, dia tidak dapat menahan daripada mengejek Jon dengan mengatakan bahawa dia pernah bergusti dengan adiknya itu hingga dia jatuh ke atas tanah semasa mereka masih kecil dulu. Jon telah maju dalam kehidupannya, tetapi dalam pandangan abangnya, Jon masih dianggap sebagai adik yang masih kecil.
Bersalah dan Dibebaskan
“Saya tidak melakukannya!” Saya berbohong dan hampir dapat melarikan diri sehingga Tuhan menghentikan saya. Sewaktu di sekolah menengah, saya dan sekumpulan orang telah bermain menembak spitballs (bebola kertas) ketika duduk di belakang pasukan pancaragam semasa satu persembahan. Pengarah muzik kami ialah seorang bekas tentera. Dia seorang yang sangat berdisiplin dan saya amat takut kepadanya. Jadi, apabila rakan-rakan subahat membabitkan saya, saya membohongi dia. Kemudian saya juga berbohong kepada bapa saya.