Seorang pelajar darjah satu mendail nombor talian kecemasan. Operator 9-1-1 menjawab. “Saya memerlukan bantuan,” kata budak lelaki itu.” Saya perlu melakukan kerja rumah.” Operator meneruskan untuk membantu, sehingga dia mendengar seorang wanita memasuki bilik dan berkata, “Johnny, apa yang kau lakukan?’ Johnny menjelaskan bahawa dia tidak dapat melakukan kerja rumah matematiknya, jadi dia melakukan apa yang telah diajar oleh ibunya apabila dia memerlukan bantuan. Dia mendail 9-1-1. Bagi Johnny, keperluannya sekarang merupakan suatu kecemasan. Bagi operator yang merupakan pendengar yang prihatin, membantu budak lelaki itu menyelesaikan soalan dalam kerja rumahnya menjadi keutamaan pada masa itu.
Ketika Daud memerlukan bantuan, dia berkata, “Ya TUHAN, tunjukkanlah aku bila ajalku dan berapa lama aku akan hidup; supaya aku tahu betapa fananya aku.” (Mazmur 39:4). Daud juga berkata, “Harapanku tertumpu kepada-Mu” Tuhan (ayat 7). Oleh itu, Daud memohon agar Tuhan mendengar dan menjawab “rayuanku” (ayat 12). Namun kemudian, permintaannya yang pelik kepada Tuhan agar “Alihkan renungan tajam-Mu daripadaku” (ayat 13). Walaupun keperluan Daud masih tidak terjawab, , dia menyatakan bahawa Tuhan selalu berada dengannya, mendengar dan menjawab doa-doanya di sepanjang Alkitab.
Keyakinan kita dalam kesetiaan Tuhan membolehkan kita memproses perasaan kita yang mudah berubah-ubah, sambil yakin bahawa tiada permintaan yang terlalu besar atau terlalu kecil bagi Dia yang tidak pernah berubah. Tuhan mendengar kita, menjaga kita dan menjawab setiap doa yang kita ucapkan.