Kami bergegas ke sebuah restoran makanan segera untuk makan tengah hari bersama rakan saya, Jerrie, kerana waktu rehat yang singkat. Setibanya di pintu masuk restoran pada masa yang hampir sama, enam pemuda masuk terlebih dahulu daripada kami. Mengetahui bahawa kami tidak mempunyai banyak masa, kami merungut di dalam hati. Kumpulan orang itu berdiri di hadapan kedua-dua kaunter untuk memastikan setiap mereka boleh memesan makanan terlebih dahulu. Kemudian saya mendengar Jerrie berbisik kepada dirinya sendiri, “Tunjukkan kasih kurnia sekarang.” Wah! Baik sekali jika pemuda itu membiarkan kami memesan makanan terlebih dahulu, tetapi memikirkan keperluan dan keinginan orang lain dan bukan hanya diri sendiri menjadi peringatan yang lebih berharga bagi kita.
Alkitab mengajar bahawa kasih itu penyabar dan penyayang. Kasih tidak iri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh; “tidak cepat meradang” (1 Korintus 13:5). “Kasih selalu … memilih kebajikan, kepuasan dan kelebihan [orang lain], melebihi diri sendiri,” tulis pengulas Matthew Henry tentang cinta ini. Kasih Tuhan memikirkan orang lain terlebih dahulu.
Di dunia yang ramai orang mudah berasa jengkel, kita selalu mempunyai kesempatan untuk meminta pertolongan Tuhan dan kasih kurnia untuk menjadi penyabar dan baik terhadap orang lain (ayat 4). Amsal 19:11 menambah, “Kebijaksanaan seseorang menjadikannya panjang sabar, dan kemuliaannya adalah mengampuni kesalahan.”
Perbuatan baik yang tidak mementingkan diri sendiri ini yang memuliakan Tuhan, Dia juga boleh menggunakannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain tentang kasih-Nya.
Dengan kekuatan Tuhan, mari kita ambil setiap peluang untuk menunjukkan kasih kurnia sekarang.