Penceramah tetamu memberi ucapan mengenai hikmah dalam mempercayai Tuhan dan “melangkah ke dalam sungai.” Dia menceritakan kisah seorang pastor yang mempercayai Tuhan dan memilih untuk bercakap tentang kebenaran Alkitab dalam khutbahnya, meskipun satu undang-undang baru terhadap perkongsian Injil digubal di negaranya. Dia disabitkan dengan jenayah kebencian dan menghabiskan masa selama tiga puluh hari di penjara. Tetapi rayuan dibuat mengenai kesnya, lepas itu mahkamah memutuskan dia mempunyai hak untuk memberi penjelasan mengenai Alkitab dan menggesa orang lain mengikutinya.
Para imam yang membawa tabut perjanjian itu juga harus membuat pilihan—sama ada melangkah ke dalam sungai atau tetap berada di pinggir sungai. Selepas melarikan diri dari Mesir, orang Israel mengembara di padang pasir selama empat puluh tahun. Sekarang mereka berdiri di tebing Sungai Yordan, yang ada paras air yang tinggi dan berbahaya. Tetapi mereka tetap mengambil langkah, dan Tuhan menyebabkan air menjadi surut: “ketika … kaki para imam pengusung tabut itu tercelup di pinggir air itu—maka air yang turun dari hulu tertahan” (Yosua 3:15-16).
Apabila kita mempercayakan kehidupan kita kepada Tuhan, Dia memberi kita keberanian untuk bergerak ke hadapan, sama ada memilih untuk bercakap tentang kebenaran Alkitab atau mengambil langkah ke wilayah yang tidak diketahui. Semasa perbicaraan pastor itu, mahkamah mendengar berita baik melalui khutbahnya. Dalam kitab Yosua, orang Israel juga menyeberang dengan selamat ke Tanah Perjanjian dan berkongsi tentang kuasa Tuhan dengan generasi akan datang (ayat 17; 4:24).
Jika kita melangkah dengan iman, Tuhan akan menjaga segala-galanya.