Walaupun legenda pemuzik negara Johnny Cash menghampiri kematian, dia bertekad untuk terus membuat muzik. Album terakhirnya, American VI: Ain’t No Grave, dirakamkan pada masa-masa terakhir hidupnya. Lagu bertajuk, Cash’s version of a hymn oleh Claude Ely memberikan gambaran tentang pemikiran terakhirnya apabila dia menyanyikan harapannya tentang kebangkitan. Suara nada rendahnya yang terkenal, walaupun kedengaran lemah disebabkan oleh kesihatannya yang merosot, mengisytiharkan kesaksian iman yang hebat.
Harapan Johnny bukan hanya pada fakta bahawa Yesus dibangkitkan pada pagi hari Paskah; dia percaya bahawa suatu hari nanti badan fizikalnya sendiri juga akan dibangkitkan, dan dia akan hidup semula.
Kebenaran ini cukup penting untuk ditegaskan kerana walaupun pada zaman rasul Paulus, orang-orang menafikan kebangkitan fizikal pada masa depan. Paulus mengkritik hujah mereka dengan keras apabila dia menulis, “Jika tiada kebangkitan selepas mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan. Jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah perkhabaran kami dan sia-sialah imanmu” (1 Korintus 15:13-14).
Seperti kubur tidak dapat menahan tubuh Yesus, suatu hari kelak semua orang yang percaya bahawa Dia telah dibangkitkan “akan dihidupkan semula” (ayat 22). Dalam tubuh kita yang dibangkitkan, kita juga akan kekal menikmati semua waktu dengan-Nya di bumi yang baharu. Itulah sebabnya kita patut menyanyi memuji Dia!