Apabila menyebut tentang acara lari pecut 100 meter, orang akan terus berfikir tentang Usain Bolt, iaitu pemegang rekod dunia semasa. Tetapi kita tidak boleh lupa akan Julia “Hurricane” Hawkins. Pada tahun 2021, Julia melepasi garisan penamat sebelum semua pelari lain dan telah memenangi acara lari 100 meter dalam Sukan Senior Louisiana. Walaupun dia mengambil masa 60 saat lebih daripada rekod Bolt (iaitu 9.58 saat), masa itu dia juga sudah berumur 105 tahun!
Bayangkan penghormatan yang patut diberikan kepada wanita yang masih berlari pecut pada usia tuanya. Begitu juga bagi orang Kristian yang tidak pernah berhenti berlari dalam perlumbaan iman, dan menjadikan Tuhan sebagai matlamat hidup mereka (Ibrani 12:1-2). Pemazmur mengatakan ini tentang orang yang setia pada peringkat akhir kehidupan: “Orang yang benar akan subur seperti pokok palma… mereka akan tetap berbuah pada usia tua, mereka akan tetap segar dan subur” (92:12–14).
Orang-orang beriman yang lebih tua dan mengikuti ajaran seperti ini boleh memperoleh arahan selanjutnya dalam surat Rasul Paulus kepada Titus. Lelaki yang lebih tua harus “kuat beriman, penuh dengan kasih dan kegigihan” (Titus 2:2), dan perempuan tua harus “ajarkanlah kebaikan” (ayat 3).
Tuhan tidak pernah memanggil orang beriman yang lebih tua untuk berhenti dalam perlumbaan iman. Mungkin bukan berlari seperti Julia di trek larian, tetapi dengan cara menghormati Tuhan kerana Dia memberikan kekuatan yang diperlukan oleh mereka. Marilah kita berjuang sebaik-baiknya dalam perlumbaan untuk melayani-Nya dan orang lain.