Dunia terkejut apabila empat adik-beradik yang berusia 1-13 tahun ditemui hidup di hutan Amazon di Colombia pada Jun 2023. Adik-beradik itu terselamat di hutan selama 40 hari selepas nahas kapal terbang yang mengorbankan ibu mereka. Kanak-kanak itu yang biasa dengan rupa bumi yang keras, bersembunyi daripada haiwan liar dalam batang pokok, mengumpul air dari sungai dan air hujan dalam botol, dan makan makanan seperti tepung ubi kayu dari bangkai pesawat. Mereka juga tahu buah-buahan dan biji-bijian liar yang selamat dimakan.
Tuhan memelihara adik-beradik ini.
Kisah mereka yang luar biasa mengingatkan saya tentang pemeliharaan Tuhan yang ajaib terhadap orang Israel semasa mereka berada di padang gurun selama empat puluh tahun. Kisah ini tercatat dalam kitab Keluaran dan Bilangan serta disebutkan dalam seluruh Alkitab. Dia memelihara nyawa mereka supaya mereka tahu Dia ialah Tuhan mereka.
Tuhan mengubah mata air yang pahit menjadi air yang boleh diminum, dua kali Tuhan menyediakan air dari batu, dan memimpin umat-Nya dengan tiang awan pada siang hari dan tiang api pada waktu malam. Dia juga menyediakan manna untuk mereka. “Kata Musa kepada mereka, Inilah roti yang dikurniakan TUHAN kepadamu sebagai makanan. Beginilah perintah TUHAN, ‘Pungutlah makanan itu, masing-masing sebanyak yang dapat kamu makan’ ” (Keluaran 16:15-16).
Tuhan yang sama memelihara kita dengan “makanan untuk hari ini” (Matius 6:11). Kita boleh mempercayai Dia untuk membekalkan keperluan kita “daripada kekayaan-Nya yang termulia dalam Kristus Yesus” (Filipi 4:19). Betapa hebatnya Tuhan yang kita layani!