Dalam buku J. R. R. Tolkien, The Fellowship of the Rings, Bilbo Baggins mula merasakan kesan-kesan daripada cincin ajaib berkuasa gelap yang dipakainya selama enam dekad. Dia merasakan cincin itu seperti memakan dirinya, maka dia bertanya kepada ahli sihir Gandalf, “Kenapa saya rasa letih lesu dan tidak bermaya, macam layang-layang putus tali saja. Harap engkau faham maksud saya.” Bilbo membuat keputusan meninggalkan rumahnya untuk mencari tempat beristirahat di sebuah tempat yang aman, tenang dan jauh daripada saudara-mara yang suka mencampuri urusannya.”
Aspek cerita Tolkien ini mengingatkan saya tentang pengalaman seorang nabi dalam Perjanjian Lama. Ketika melarikan diri daripada Izebel dan berasa tertekan selepas pertempurannya dengan nabi-nabi palsu, Elia sangat memerlukan rehat. Terasa keletihan, dia memohon kepada Tuhan supaya dia mati sahaja, katanya, “Cukuplah! Sekarang, ya TUHAN” (1 Raja-Raja 19:4). Selepas dia tertidur, malaikat Tuhan membangunkannya supaya dia boleh makan dan minum. Dia tidur semula, dan kemudian makan lebih banyak makanan yang disediakan oleh malaikat. Setelah dicergaskan semula, dia mempunyai cukup tenaga untuk berjalan kaki selama empat puluh hari ke gunung Tuhan.
Apabila kita berasa tertekan, kita juga boleh berharap kepada Tuhan untuk mendapatkan kelegaan sebenar. Kita mungkin perlu menjaga tubuh kita sementara kita juga meminta Tuhan memenuhi kita dengan harapan, kedamaian, dan rehat. Seperti malaikat menjaga Elia, kita boleh percaya bahawa Tuhan akan menyertai kita dan membawa kita pembaharuan (rujuk Matius 11:28).