Kyle Speller, paderi bagi satu pasukan bola keranjang yang digelar sebagai “suara Denver Nuggets”, terkenal sebagai juruacara yang menyampaikan pengumuman dengan suara yang meriah dan bersemangat di khalayak ramai semasa kejohanan kelab bola keranjang. “Jom!” suaranya bergemuruh dalam mikrofon, dan beribu-ribu peminat NBA di stadium, serta berjuta-juta orang yang menonton atau mendengar aksi itu, menyahut suara ini yang mendapat pencalonan sebagai juruhebah “All-Star Game PA” tahun 2022. “Saya tahu bagaimana merasakan emosi para hadirin dan mewujudkan semangat tuan rumah,” katanya. Selain itu, setiap perkataan yang diluahkan melalui bakat suaranya—yang turut boleh terdengar dalam iklan TV dan radio—adalah untuk memuliakan Tuhan. Tambahnya lagi, “Kerja saya adalah melakukan segala sesuatu untuk satu-satunya penonton.”
Rasul Paulus menekankan etika yang serupa kepada gereja Kolose, yang ramai jemaah membiarkan keraguan tentang ketuhanan dan kedaulatan Kristus menyusup dalam kehidupan harian mereka. Sebaliknya, Paulus menyatakan, “Segala yang kamu katakan dan lakukan haruslah dengan nama Tuhan Yesus sambil mengucap syukur kepada Bapa kita Allah melalui-Nya” (Kolose 3:17).
Tambah Paulus, “Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia” (ayat 23). Bagi Kyle Speller, itu termasuk peranannya sebagai paderi, yang dia berkata, “Itulah tujuan saya di sini … dan kerja saya sebagai juruhebah ialah penguat kepada sesuatu yang positif.” Pekerjaan kita sendiri untuk Tuhan boleh menjadi sesuatu yang begitu bermakna untuk satu-satunya penonton kita.