Inilah perkara yang menakutkan / mencintai apa yang boleh diragut oleh kematian.” Terjemahan puisi ini pada abad kedua puluh merupakan permulaan sebuah puisi yang ditulis lebih daripada seribu tahun yang lalu oleh penyair Yahudi Judah Halevi. Penyair menjelaskan apa yang ada di sebalik ketakutan itu: “mencintai …. / Dan oh, akan kehilangan.

Dalam kitab Kejadian, luahan emosi oleh Abraham berlaku apabila Sarah meninggal dunia. “Abraham datang meratapi serta menangisi Sarah” (23:2). Fasal ini menyingkap kisah yang indah dan penuh kesedihan tentang kehilangan salah satu watak yang paling diingati dalam Alkitab: Sarah, isteri Abraham yang setia, wanita tua yang ketawa apabila mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang ibu (18:11-12) tetapi menangis dalam kesakitan ketika Ishak dilahirkan ke dunia ini.

Kita banyak menggunakan ayat yang penuh makna dan sarat dengan kemanusiaan dalam Injil Yohanes: “Yesus menangis” (Yohanes 11:35). Air mata Mesias di kubur Lazarus menyorotkan kesedihan Yesus. Mengasihi seseorang sememangnya sesuatu yang menakutkan. Penyair Halevi menyebutnya “sesuatu untuk orang bodoh,” namun dia juga menamakannya sebagai “suatu perkara yang kudus,” terutamanya bagi mereka yang imannya “tersembunyi bersama Kristus dalam Allah” (Kolose 3:3).

Kita cenderung mengalami waktu untuk mengasihi dan kehilangan segala-galanya, sama ada pasangan, anak, ibu bapa, rakan, haiwan peliharaan, dan kita menangis dengan “gembira meskipun pilu”. Semua ini ialah sifat semula jadi manusia. Namun bagi orang yang percaya kepada Yesus, tangisan kita hanya berterusan seketika. Seperti yang ditulis oleh Daud, “tangisan mungkin berlangsung semalaman tetapi kegembiraan muncul sewaktu pagi” (Mazmur 30:5). Bapa kita yang di syurga tidak pernah membiarkan kita putus harapan.