Pokok tembikai telah menjalari kebun saya. Ia merayap melintasi laluan batu, memanjati pagar, dan yang paling teruk, cuba menyesakkan tanaman sayur-sayuran kegemaran saya. Saya tahu bahawa kebun itu tidak akan tumbuh subur melainkan saya bertindak. Oleh itu, pada suatu petang saya, menguraikan sulur paut dari batang dan daun. Apabila sulur paut itu tumbuh semula, saya terus membuangnya sehingga tanaman sayur-sayuran itu akhirnya matang dan menghasilkan buah tomato yang ranum dan lada yang menggilap.
Dosa-dosa seperti tamak haloba, nafsu berahi, dan kebencian boleh melanda hidup kita seperti jalaran tembikai yang cuba menguasai kebun saya. Jika tidak dijaga, benih pemikiran yang salah mungkin berkembang sehingga ia menguasai keinginan dan tindakan kita, seperti “dosa yang amat mudah menjerat” (Ibrani 12:1) dan menghalang kita bertumbuh secara rohani.
Penulis kitab Ibrani menggalakkan kita “menjauhi beban” supaya kita dapat “berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita” (ayat 1). Demi membebaskan diri, kita perlu mengakui bahawa kita memerlukan pertolongan untuk menangani dosa. Ini mungkin sukar jika kita telah meyakinkan diri sendiri dan orang lain bahawa dosa bukan suatu isu yang serius.
Namun, sebaik sahaja kita dengan ikhlas mengakuinya, Yesus menyambut doa pengakuan kita dan mengampuni kita dengan serta-merta (1 Yohanes 1:9). Dia boleh menunjukkan cara untuk mengubah corak hidup kita dan, melalui kuasa Roh Kudus, membantu kita mengatasi belenggu yang menghalang kita untuk bertumbuh maju.