Month: Ogos 2025


Pengakhiran yang Indah

Pada suatu petang yang panas, saya berjumpa dengan kawan-kawan di pusat bandar. Kami berasa teruja untuk makan di sebuah restoran yang menawarkan persembahan muzik jazz di luar restoran, tetapi apabila kami tiba, ruang di luar sudah penuh. Dengan rasa kecewa, kami pun beredar dan terpaksa berjalan beberapa blok untuk mencari tempat makan lain.

Lintasan Domba-Domba

Semua kenderaan terhenti, tetapi saya tidak tahu sebabnya. Hari itu hanya terdapat beberapa buah kereta di jalan raya, dan saya tidak nampak sebarang alasan yang jelas untuk berhenti. Tiba-tiba—dengan sangat mengejutkan dan menggirangkan—beribu-ribu ekor domba muncul dan melintas jalan raya. Sebagai seorang pendatang baru di Idaho, saya masih belum biasa dengan penghijrahan tahunan kawanan domba ke kaki bukit Boise setiap musim bunga. Para penternak tempatan akan menggiring kawanan ternakan mereka ke kawasan kaki perbukitan, yang domba-domba itu akan meragut rumput liar di sepanjang musim panas

Menjadi Berkat

Dalam satu perlawanan bola sepak yang sengit antara dua sekolah menengah tempatan yang merupakan pesaing lama, Eagles dan Pioneers, pasukan Eagles berjaya menendang bola ke dalam gol. Bola masuk ke dalam jaring tetapi keluar dari lubang jaring yang terkoyak. Oleh sebab pengadil tidak terlihat bola itu masuk ke dalam gol dan menanggap bola itu adalah di luar jaring, maka dia memutuskan ia bukan jaringan. Jurulatih pasukan Pioneers nampak jaringan gol tersebut dan secara sukarela mengesahkan tuntutan jurulatih Eagles, walaupun dia boleh sahaja berdiam diri. Pengadil pun menghitung gol tersebut. Akhirnya pasukan Pioneers tewas dalam perlawanan dengan gol 3–2.

Tuhan Ada di Mana-Mana

Seorang pemain violin mengenakan topi besbol dan T-shirt, bersiap sedia berdekatan stesen metro L’Enfant Plaza di Washington, DC. Dia menggerakkan busur pada tali violin, dan alunan muzik yang merdu kedengaran. Tetapi para penumpang bergegas lalu tanpa menyedarinya. Dia memainkan keseluruhan program muzik dengan hanya segelintir orang yang berhenti untuk mendengar. Bayangkan respons orang ramai yang berlalu begitu sahaja pada hari itu, jika mereka tahu bahawa pemain muzik itu sebenarnya ialah Joshua Bell, salah seorang pemain violin terhebat dalam generasi kita, yang pada malam sebelumnya telah mengadakan konsert muziknya di Perpustakaan Kongres. Hari itu Bell telah memainkan beberapa karya muzik yang paling sukar dan mempesonakan, dengan violin Stradivarius tahun 1713 yang bernilai kira-kira $3.5 juta dolar.

Nenek Moyang Rohani

Selepas saya menjalani ujian salasilah beberapa tahun yang lalu, saya mula berasa ingin tahu tentang nenek moyang saya. Saya bersyukur kerana berpeluang mendengar cerita tentang beberapa saudara-mara daripada mendiang ayah saya dan daripada ibu saya. Mendengar kisah tentang nenek moyang saya membuatkan saya berasa lebih dekat dengan asal usul keluarga dan membantu saya belajar daripada pengalaman mereka.