Mengenali Yesus
Richard Griffin ialah pegawai polis peribadi kepada Ratu Elizabeth II selama empat belas tahun. Suatu hari semasa dia menemani Ratu berkelah di kawasan bukit berhampiran Istana Balmoral, mereka bertemu dengan dua orang pendaki dari Amerika. “Pernahkah kamu berdua bertemu Ratu?” mereka bertanya, tanpa menyedari bahawa wanita yang berpakaian biasa itu sebenarnya ialah ratu. “Saya belum pernah,” jawab Ratu dengan bergurau, “tetapi Richard di sini sering bertemu dengan baginda!” Mereka sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan seseorang yang dekat dengan kerabat diraja, maka pendaki itu menyerahkan kamera mereka kepada Ratu, berdiri bersama Richard, dan meminta Ratu mengambil gambar mereka!

Berdamai dengan Tuhan
Apabila saya menemani sahabat saya ke salon pada hari jadinya, kami sangat gembira dengan layanan istimewa yang kami terima. Muzik yang menenangkan dan seorang pelayan peribadi menyambut kami ke spa yang tenang dan berlampu malap. Seluruh pengalaman itu santai, senyap, dan menyegarkan. Namun, saya terpaksa menahan gelak apabila melihat satu papan tanda di atas meja yang tertulis: “Rangkaian penjagaan rambut organik ini bukan sahaja memberi anda rambut yang cantik—ia memberi anda ketenangan fikiran.”
Kemanisan Firman Tuhan
Pada 22 September 1959, satu artikel renungan yang ditulis oleh Dr. M. R. DeHaan muncul dalam Our Daily Bread. Dia menulis bahawa dia sangat suka makan sejenis popcorn manis yang berjenama Cracker Jack. Tujuan asalnya adalah mengaitkan kerinduannya itu kepada kerinduan terhadap firman Tuhan. Tetapi apa yang mengejutkannya, beberapa minggu kemudian, kotak demi kotak Cracker Jack mula tiba di pejabatnya. Keinginannya terhadap Cracker Jack telah dipenuhi oleh para pembaca setianya.
Hari 1: Masa Gelap, Doa yang Berkuasa
Pulihkanlah aku, ya TUHAN, demi nama-Mu; demi perbenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan. (Mazmur 143:11)
“Saya mengharungi detik gelap.” Empat patah perkataan ini menggambarkan penderitaan jiwa seorang wanita semasa pandemik COVID-19. Penyesuaian kepada normal baharu merupakan sebahagian cabarannya, dan dalam kegawatan itu, dia mengaku bahawa dia bertarung dengan pemikiran bunuh diri. Sejak itu dia berusaha untuk keluar daripada lingkaran kemurungan itu, misalnya berkongsi pergelutannya dengan…
Mazmur untuk Jiwa yang Letih
Pelan Bacaan 7 Hari untuk Menghadapi Tekanan Hidup
Perubahan yang Dibawa oleh Kristus
Apabila tompok merah yang merengsakan muncul berhampiran mata kiri saya, saya menggunakan alat solek untuk menutupinya. Masalah saya disembunyikan buat sementara waktu. Namun setelah seketika, tompok merah itu tidak hilang tetapi semakin bengkak, dan saya tahu saya harus menerima rawatan. Pada pagi untuk berjumpa dengan doktor, saya teringin hendak memakai alat solek seperti biasa, tetapi bukan hari itu. Saya mahu doktor melihat masalah itu dengan jelas dan merawatnya supaya saya dapat sembuh.