Month: September 2025

Penjagaan Tuhan yang Lembut

Semasa berada di unit rawatan rapi bayi yang baru lahir di hospital, saya meluangkan masa dengan seorang ibu yang sedang memeluk erat bayinya yang baru lahir di dadanya. Walaupun hospital mempunyai teknologi yang canggih, para doktor telah memberikan cadangan mudah kepada ibu untuk membantu bayinya menjadi lebih kuat—ibu ini disuruh mendukung bayi perempuannya untuk jangka masa yang lama setiap hari.

Mencari Belas Kasihan

Para peminatnya mengenalinya sebagai Nightbirde. Penyanyi-penggubah lagu, Jane Kristen Marczewski, memenangi rancangan bakat TV popular pada tahun 2021. Pada tahun 2017, dia telah didiagnosis dengan kanser payudara Tahap 3. Pada tahun 2018, dia mengalami pemulihan. Dia mula melancong, tetapi beberapa bulan kemudian kanser itu kembali, dan dia hanya tinggal sedikit peluang untuk terus hidup. Secara luar biasanya, dia pulih kemudian dan diisytiharkan bebas kanser. Tetapi pada 19 Februari 2022, Nightbirde meninggal dunia.

Menjaga Fikiran dalam Kristus

Pusingan demi pusingan, Katie Ledecky berada di tempat biasa semasa perlumbaan renang 1500-meter gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024. Kira-kira selama lima belas minit, dia jauh mendahului perenang-perenang yang lain dan tenggelam dalam fikirannya sendiri. Apa yang difikirkan Ledecky semasa perlumbaan jarak jauh itu? Dalam temu bual yang dijalankan sejurus selepas dia memenangi pingat emas dan mencipta rekod baharu Olimpik, Ledecky berkata dia sedang memikirkan tentang rakan-rakan latihannya dan menyebut nama mereka dalam fikirannya.

Merataplah kepada Tuhan

Dengan rasa ingin tahu, saya pernah melawat pameran pembukaan yang diadakan di 9/11 Memorial & Muzium, New York, tetapi sukarnya untuk mengawal emosi saya. Semuanya berubah apabila kami memasuki ruang pameran utama, yang dengan bijiaknya tidak terbuka untuk kanak-kanak dan pengunjung yang tidak sanggup untuk melihat gambar-gambar yang amat menyayatkan hati. Ketika saya membaca satu demi satu kisah yang menyedihkan akibat kehilangan yang dahsyat ini, rasa sedih mendalam muncul bertalu-talu dalam diri saya.

Tak pernah Berhenti Berdoa

Hati Anita Bailey melonjak gembira apabila dia membaca mesej dalam ruang sosial media seorang kawan tentang anak lelakinya, Jalen: “Saya bertugas sebagai penyambut tetamu [di gereja] hari ini, dan seorang pemuda yang sambil mendukung seorang kanak-kanak berjalan ke arah saya dan memeluk saya … Saya menatapnya sejenak, lalu mengenalinya dan berkata, ‘Jalen’! Kami berpelukan dan berbual sebentar. Wah, kini dia seorang pemuda yang sungguh baik!” Kawan Anita itu mengenali Jalen. Dahulunya, Jalen seorang anak yang hidup dalam pemberontakan. Ketika itu Anita dan suaminya, Ed, berasa tidak berdaya untuk menyelamatkan anak lelaki mereka daripada membuat pilihan hidup yang tidak bijak, yang akhirnya mengakibatkan Jalen dipenjara selama dua belas tahun.