Penyelamat Kita yang Penuh Kasih
Semasa kebakaran hutan sedang memarak, seorang renjer hutan menyelamatkan seekor anak beruang. Di tapak pemulihan yang selamat dan jauh daripada pasukan bomba yang masih bermati-matian memadamkan api besar, renjer itu meletakkan haiwan tersebut di atas tanah. Sambil berdiri di atas kaki belakang kecilnya, anak beruang itu memeluk betis renjer hutan tersebut. Renjer hutan itu perlahan-lahan melepaskan dirinya. Dengan mulut ternganga seolah-olah merintih dalam keterdesakan, si anak beruang cuba memanjat dan mencengkam untuk tetap berlindung dalam pelukan penyelamatnya. Apabila anak beruang itu berpaut pada lengan renjer hutan, lelaki yang baik hati itu berlembut dan membelai kepala si kawan kecilnya itu.
Meninggalkan Kristus Bukan Pilihan Neutral
Meninggalkan Kristus Bukan Pilihan Neutral
Dalam dunia hari ini, tema tentang meninggalkan iman semakin kerap muncul dalam filem, seni, dan juga kisah kehidupan sebenar. Ada naratif yang menggambarkannya sebagai satu pilihan peribadi, satu pencarian identiti diri, atau satu keputusan yang perlu dihormati tanpa banyak persoalan.
Sebagai umat Kristian, kita diajak untuk melihat isu ini dengan penuh kepekaan, kasih, dan pada masa yang sama, berpaut…

Mata yang Dibuka Tuhan
Pada suatu petang di sebuah kafe, saya ternampak seorang anak perempuan yang belum dua tahun duduk bersama ibu bapanya di meja sebelah. Semasa ibu bapanya berbual dengan kawan-kawan mereka, seekor burung merpati terbang masuk dan mematuk serpihan makanan di lantai. Budak kecil itu sangat kagum melihat burung itu dan menjerit kegembiraan untuk menarik perhatian orang dewasa. Tetapi ibu bapanya tidak melihat apa yang dia lihat. Mereka hanya senyum kepadanya dan sambung berbual semula.

Yesus, Anugerah yang Teragung
“Muzik apa yang lebih merdu dapat kita persembahkan/ Selain karol untuk dinyanyikan/ Sempena kelahiran Raja Syurgawi kita?” Baris-baris puisi abad ke-17 bertajuk “What Sweeter Music” oleh Robert Herrick ini telah digubah semula oleh komposer koir zaman moden, John Rutter, dan menjadi lagu kegemaran musim Krismas. Melodinya yang lembut mengisahkan musim penantian yang panjang lagi dingin, yang dilegakan oleh rasa sukacita akan kedatangan Yesus. Para penyanyi mempersembahkan karol Krismas untuk-Nya; manakala para pendengar diminta untuk menyerahkan hati mereka.

Ketakutan Menjadi Sukacita
Ramai ahli sejarah percaya bahawa siaran radio pertama, yang mengandungi muzik dan ucapan telah didengar oleh para operator radio di kapal Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal lain di Lautan Atlantik pada malam Krismas, tahun 1906. Kali ini bukannya bunyi kod Morse, iaitu bunyi bip dan denyutan untuk menghantar kod yang kedengaran, sebaliknya mereka mendengar pemuzik Reginald Fessenden memainkan violin solo untuk lagu Krismas “O Holy Night” (O Malam Kudus). Fessenden mengakhiri siaran persembahannya dengan mengulang pujian para malaikat: “Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi!” (Lukas 2:14). Para pendengar pasti terkejut dengan muzik yang membangkitkan semangat dan menyatakan pujian atas kelahiran Yesus.
