Month: Januari 2026

Kecil dan Perkasa

Pada 9 Disember 1987, seekor tupai telah menggigit kabel kuasa di Connecticut, Amerika Syarikat, sehingga menimbulkan gangguan pada Nasdaq, sebuah bursa saham terbesar yang beroperasi sepenuhnya secara elektronik. Kemudian segala maklumat pada skrin besarnya mula berkelip, terhenti secara perlahan dan akhirnya terpadam. Beberapa buah syarikat terbesar dunia menjadi lumpuh dan “lenyap” dalam senarai. Pelbagai badan ekonomi global memerhati dengan penuh cemas selama hampir satu jam setengah. Semua hanya kerana seekor haiwan kecil berbulu yang gigih!

Perang Tulang  

Pada akhir tahun 1800-an di Amerika Barat, usaha mencari tulang dinosaur telah mencetuskan persaingan sengit yang dikenali sebagai Perang Tulang. Dua orang ahli paleontologi bersaing hebat untuk membuat penemuan paling penting dalam bidang tersebut. Seorang penulis menjelaskan bahawa untuk memperoleh pencapaian tinggi, dua orang itu sanggup menggunakan taktik yang tidak beretika, termasuklah memberi rasuah, mencuri, bahkan memusnahkan tulang dinosaur. Akibat tindakan yang saling merosakkan hasil kerja, kedua-dua orang itu akhirnya menjejaskan reputasi mereka sendiri.

Mencari Bayi Kristus

Apabila Peter Turchi, seorang guru penulisan, melihat sebuah peta, dia akan mencari kisah pengembaraan yang terkandung di dalamnya. Katanya, “Ketika minta untuk membaca sebuah peta, saya seolah-olah berkata, ‘ceritakanlah sebuah kisah kepada saya.’ ” Jadi, saya terus menggunakan idea ini semasa saya membuat persiapan untuk mengajar Sekolah Minggu tentang “Iman Ahli Ilmu Bintang” semasa Krismas. Semasa saya meneliti peta, saya mendapati bahawa para ahli ilmu bintang itu telah mengembara kira-kira 1448 km—mungkin selama beberapa bulan—untuk mencari Kristus yang masih bayi. Tetapi akhirnya mereka tidak menemukan seorang bayi di palungan, sebaliknya seorang anak kecil yang tinggal bersama ibu bapa-Nya di sebuah rumah. Apakah pula reaksi mereka setelah melalui perjalanan yang begitu lama? “Mereka sujud menyembah Anak itu” (Matius 2:11).

Doa Prihatin

Seorang wanita kelihatan sangat gelisah apabila duduk di kerusi doktor gigi. Beban keluarga sangat mengganggunya, dan ia jelas kelihatan. Doktor giginya menyedari keresahannya dan bertanya tentang hal itu. Cerita wanita itu mendorongnya untuk bertanya, “Bolehkah saya berdoa untuk kamu?” Apabila jururawat pergigian masuk ke dalam bilik, dia juga mendoakan wanita tersebut. Setelah dua kali didoakan dan selesai menjalani satu rawatan gigi, wanita itu keluar dari klinik dengan perasaan bahawa dia benar-benar dijaga dan diperhatikan.

Ciptaan Indah Tuhan

Bagi seorang ibu bapa, kematian seorang anak adalah menyeksakan, apatah lagi kehilangan dua orang anak? Mustahil dibayangkan! Namun, itulah pengalaman seorang pemuzik, penulis, dan pelakon dari Australia, Nick Cave. Pada tahun 2015, anaknya yang berusia lima belas tahun terjatuh dari tebing dan meninggal dunia. Beberapa tahun kemudian, anak sulungnya juga meninggal dunia. Dalam cengkaman kesedihan yang begitu mendalam, bagaimanakah Cave dan isterinya meneruskan hidup? Bagaimanakah pula dengan anda?