Pada tahun 2023, polis Kenya campur tangan untuk menamatkan apa yang dipanggil “Pembunuhan Beramai-Ramai hutan Shakahola”—yang mengakibatkan ratusan orang mati selepas mengikut arahan seorang pemimpin kultus untuk sengaja melaparkan diri bagi bertemu Yesus. Pemimpin itu bahkan berjanji bahawa dia juga akan meninggalkan bumi dengan cara yang sama selepas pengikutnya melakukannya. Namun selepas pemimpin itu ditangkap, dia menafikan pernah menyampaikan ajaran ini.
Tragedi itu merupakan contoh yang membimbangkan bahawa betapa bahayanya untuk mempercayai secara membuta tuli kepada orang yang mendakwa mereka sebagai pemimpin rohani. Ahli-ahli kultus begitu percaya kepada penipuan ini sehingga mereka menentang orang yang datang untuk menyelamatkan mereka. Seorang mangsa yang terselamat berkata bahawa dia telah “ketagih” dengan ajaran pemimpin yang terbabit.
Yesus Kristus ialah pemimpin sejati bagi mereka yang percaya kepada-Nya. Dia sangat mengasihi kita sehingga Dia rela mati untuk kita supaya kita dapat hidup (1 Tesalonika 5:10). Dia memanggil kita untuk hidup bagi Dia, “marilah kita berjaga dan berkeadaan siuman” (ayat 6) dan menguji jika ajaran yang disampaikan oleh orang lain adalah bercanggah dengan ajaran-Nya (ayat 20-22).
Kita membalas kasih Kristus bukan dengan mencederakan diri kita sendiri atau orang lain, tetapi “saling menggalakkan … dan meneguhkan” (ayat 11). Dengan hidup “dalam aman damai” (ayat 13) dan berusaha menuju “ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang” (ayat 15). Dengan bergantung dan percaya kepada Roh Kudus setiap hari (ayat 19), kita boleh menjalani kehidupan yang penuh kasih sambil menantikan kedatangan Yesus Kristus kembali (ayat 23).
