Dalam satu temu duga kerja, Carol ditanya berulang kali, “Mengapakah anda berhenti bekerja sebelum ini?” Penemuduga itu mempunyai firasat bahawa Carol mungkin pernah ada konflik dengan bekas majikannya, dan dia ingin tahu apa yang telah berlaku.

Walaupun Carol mengakui bahawa mereka ada “perbezaan dalam gaya kerja,” dia enggan mendedahkan pendapatnya mengenai bekas bosnya, kerana dia menganggap ini adalah salah untuk bercakap buruk tentangnya. Selepas dia diambil bekerja, bos barunya mendedahkan bahawa penemuduga menyukai jawapan Carol. “Kami kagum dengan integriti anda. Kami juga tidak mahu anda memburukkan bos anda—atau kami pada masa akan datang.”

Sebagai seorang yang baru percaya kepada Yesus, Carol sentiasa tertanya-tanya bagaimana dia boleh menjalani kehidupan yang “salih” dan “benar”, secara praktikal. Dia menemukan jawapan yang mudah: Tunjukkan integriti dan bersikap mulia, jujur, dan beretika.

1 Petrus 2:12 menunjukkan kepentingan integriti dalam segala hal: “Amalkan kelakuan yang mulia, maka apabila orang di kelilingmu yang tidak mengenal Allah . . . tetap melihat perbuatanmu yang baik lalu memuliakan Allah pada waktu Tuhan datang kembali.” Ini termasuk perkara-perkara praktikal seperti tunduk kepada pihak berkuasa (ayat 13-14); berbuat baik (ayat 15); menunjukkan sikap rendah diri dan melayani (ayat 16); dan menghormati serta mengasihi orang lain (ayat 17). Mari kita bersandar pada pertolongan Tuhan, supaya melayani-Nya dengan cara yang memuliakan nama-Nya.