Sebaik sahaja Taliban berjaya menguasai kerajaan Afghanistan pada tahun 2021, dan puluhan ribu orang terperangkap tanpa jalan keluar, ramai orang menjadi terkurung dan terdesak. Orang dari seluruh dunia bertindak pantas, termasuk seorang pemuda melancarkan kempen dalam media sosial Instagram, dan berjaya mengumpul $7 juta (RM32.9 juta) untuk membiayai kos penerbangan sewaan khusus untuk menindahkan para pelarian. “Kami telah menghapuskan perpecahan politik dalam situasi ini,” katanya kepada sebuah saluran berita, “dan bersatu padu dari semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyelamatkan orang-orang ini.” Mereka sanggup berani turun tangan untuk menolong.
Bukan sahaja Afghanistan. Dari bangunan pencakar langit hinggalah ke kampung-kampung di seluruh dunia, begitu ramai orang bergelut sendirian—menahan kesedihan yang mendalam. Namun, sungguh mengagumkan Tuhan memperhatikan mereka yang menderita. Dalam cara dan masa-Nya, pertolongan pasti tiba. Dia “menolong orang sesak yang berseru kepada-Nya, dan orang yang menderita, serta mereka yang tidak ada penolong” (Mazmur 72:12). Sungguh luar biasa, Tuhan memakai kita sebagai saluran pertolongan-Nya. Mazmur 72 merujuk kepada tindakan Raja Salomo dan karya Tuhan—yang kadang sukar dibezakan. Tuhan menyelamatkan, tetapi Dia memanggil kita untuk turut bekerja bersama-Nya.
Apabila kita melihat ketidakadilan atau penderitaan, kita boleh turut bekerja bersama Tuhan, berani masuk ke tengah kesusahan, dan menolong mereka yang terpinggir.
